Dah nak masuk last quarter of year, mesti ramai dah mula mencari tadika untuk anak2 kan..tambahan kat Putrajaya ni macam2 tadika pun ada, semuanya bergantung kepada individu yang mana satu jadi pilihan hati..
 
 Ramai jugak ibu bapa yang merungut pasal yuran pendaftaran tadika yang mahal, macam nak masuk U dah kekdahnya..mana taknya, utk pendaftaran je rata2 dah RM1.5k..bulanan pulak cecah ke RM550 sebulan..kalau aku mg tak mampu la..aku memang cari yang affordable je, kalau leh nak je masukkan kt Kemas tapi tak dapat sbb ade syarat pendapatan isi rumah..ade jugak Tadika Islam MAIWP, murah jugak tapi dh terlepas masa ambik borang, tadika ni mg kena awal, 1 Julai dh stat keluar borang..tapi yang kurang best sesi persekolahan ikut JPN, bila sekolah cuti dia pun cuti..mana nk antar budak kalau sekolah cuti 2 bulan November & Disember pulak..
Tadika swasta mg belambak kt Putrajaya ni..kt area rumah aku ni je ade Tadika Alam Ria Kids (P10), Tadika Arina (P9), Tadika Bijak Cerdik (P9), Little Caliphs (P11), BondaMama (P11), Tadika Laman Cerdik (P11), Cendekiawan (P9), Al-Baghdadi (P11), Vonad (P9) n macam2 lagi la..so tepuk dada tanya poket..haha sebab lain sekolah lain la fees nye..
 
Tahun ni Airis bersekolah di Tadika Generasi Inspirasi located at Kompleks Kejiranan Presint 9, yuran pendaftaran lebih kurang RM1.4k, bulanan RM390, insurans RM30 byr bulan Mac..mula2 memang dia tak biasa, pagi2 mesti nangis..3 bulan awal dia tunjukkan tantrum smpai bingung kami laki bini nk pujuk, smpai ke satu tahap aku rasa give up nk quit sekolah je..tapi alhamdulillah lama kelamaan dia semakin okey dan mula adapt persekitaran baru
Cikgu dah mula edarkan borang pendaftaran bagi sesi persekolahan 2016, kitorg decide untuk teruskan je sekolah kt situ..satu malam aku berbual dgn Airis 
 
**********************************************************************
Mama : Kakak, tahun depan kakak sekolah situ lagi ye
Airis : Taknakla...kakak nk sekolah baru
Mama : Aik..nk sekolah baru?sekolah apa?
Airis : Kakak nk sekolah Iqra'
Mama : Sekolah Iqra' macam mana?
Airis : Macam dalam tv tu..(refer tu CD Alif Ba Ta)
Mama : Erk..sekolah tu mahal kakak..mama tak mampu
Airis : Erm.....(lama dia berfikir).....sekolah Iqra' tu berapa ringgit mama?
Mama : Glurp...speechless *^$#&!@#
Airis : Mama cakapla, sekolah Iqra' tu berapa ringgit?
**********************************************************************
 
Alahai anak, sebenarnya bukan soal duit yg mama kisahkan, mama takut kamu tak dapat sesuaikan diri kalau tukar sekolah lain..kalau kamu sambung kt Generasi tu atleast kamu dah kenal kawan2, kenal cikgu, dh kenal persekitaran sekolah..dats y mama nk teruskan kt situ je..lagipun kamu dah banyak improve since masuk sekolah..kamu dh kenal yang basic, kamu dh pandai sembahyang, kamu dh boleh mengira, n mama terkejut tgk result exam kamu yg semakin cemerlang..so next year kita school kt situ lg ye..okey sayang??