Salam

Lama tak mencoret di sini..sejak dua menjak ada baby ni kann

Alhamdulillah dah 4 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah dah dikurniakan dua orang puteri yang comel..Terima kasih Allah s.w.t atas segalanya..

BARU 4 tahun atau SUDAH 4 tahun..ada beza di situ bergantung pada pemahaman masing-masing..bagi aku, usia 4 tahun tu masih mentah..umpama anak kecil yang baru nak belajar membaca, menulis..kalau aku dulu 4 tahun asyik bermain je lg..sebab takde pegi taska whatsoever..usia 5 tahun baru mak masukkan aku ke tadika..so 4 tahun bukanlah apa sangat..nak kata saling mengenali hati budi tu memangla dah, tapi tak pasti setakat mana..tak mungkin sehingga 100%..

Dulu mula2 kawin, semuanya indah belaka..yelah nama pun pengantin baru kn..nk kentut pun malu2..sekarang ni hah ambik kau..sampai tak larat tahan telinga n hidung...bergaduh, bertekak, bermasam muka, merajuk..itu semua lumrah berumahtangga bak kata orang..kalau tenang je sentiasa rs macam tak puas pulak, takde thrill..hehehe

Dulu jugak aku agak rajin memasak..ingat lagi zaman2 rajin memasak buatkan bekal utk si dia tiap2 pagi..walaupun dia tak penah ckp terima kasih rs happy je..lama jugak aku masak tiap2 pg..smpaila airis usia setahun lebih kot..sekarang ni lagi la aku jarang buatkan breakfast..tambah2 lg dh anak 2 ni..kalut memanjang tiap pagi..

Dulu dan kini memang banyak yang dah berubah..walaupun BARU 4 tahun..sepanjang 4 tahun ni kami banyak membina kehidupan bersama, jatuh dan bangkit bersama, susah senang bersama.. mungkin orang lain dah ada segalanya even before berkahwin tapi kami masing-masing takde ape2..alhamdulillah sekarang dah 2 buah kereta, sebuah rumah dan inshaa Allah much more coming in..dan yg paling penting harta akhirat kami, Airis dan Ayra Batrisya..semoga membesar menjadi anak yang solehah, berbakti kpd ibu bapa dan dirahmati Allah swt senantiasa..Papa dan Mama akan berusaha jadi yang terbaik untuk kalian

Buat suamiku, terima kasih atas segalanya..n maafkan diriku yang tak sempurna..