Tabung AA

Wednesday, August 13, 2014

Qaseh Gold ~ Makanan Sunnah & milk booster

Salam

Arini nk kasi testimoni sikit (tak berbayar tau)..

Lepas bersalinkan ayra seperti biasa aku kekurangan susu, puas la duk mengepam hasil takde la meriah mana..so mula la mencari2 solution untuk banyakkan susu, ayra pulak kuning berlarutan smpai hari ke20 so aku tak makan jenis2 pil atau ubat-ubatan.

Sepanjang tempoh tu aku minum jus kurma je..mak beli kt kedai jual barangan dari mekah/Saudi

ni ha rupa jus kurma tu
 
Sedap tau jus kurma ni, just campur air tak perlu tambah gula dah boleh minum..lagi best sebab jus ni campuran kurma dan air zamzam..harga pun murah RM18 je..tapi susah nk dapat kt kedai biasa
 
Selain tu aku cuba jugak alternative lain, diperkenalkan oleh kawan seangkatan (breastfeeding mom)..dia amalkan Qaseh Gold katanya..anak dia kuat menyusu, after direct feed dia boleh pam lg susu 5-6oz...fuhh aku dengar terus jadi kagum n of course nk try..lgpun makanan sunnah, mg bagus untuk diamalkan..
 
Aku beli melalui dia (yg mula2 perkenalkan tu) dengan harga RM71.90..tak rugi keluarkan sikit duit untuk barangan yg bagus mcm ni..ade 11 ramuan utama iaitu kurma, madu, delima, buah tin, zaafaran, minyak zaitun, habbatus sauda, ginko biloba, air zamzam, gam arab dan sireh..untuk Adinda ade tambahan pegaga n manjakani..
 

Kalau korang nk tau kelebihan-kelebihan lain selain sebagai milk booster bolehla layari laman web dorang atau google je Qaseh Gold..sure banyak yg keluar..testimoni bagai..tapi yang aku nk share kt sini pasal milk booster..korang mesti tau kn kurma, habbastussauda, zaafaran dan delima bagus untuk merangsang pengeluaran susu..dengan pengambilan qaseh gold adinda ni korang tak perlu lg nk makan satu persatu *susah nk dapatkan kot*..hanya satu atau dua sudu je sehari korang boleh dapat khasiat yg sama..mudah kan?

Pengalaman aku sendiri, sebelum tu mg payah nk dapat 2oz sekali pam..lepas aku amalkan qaseh ni Alhamdulillah dengan izinNya susu makin bertambah dari sehari ke sehari..kalau tak memang tak merasa la nk pam penuh satu botol tu..

Lepas tu aku order pulak Qaseh Junior untuk Airis, sebab dia selalu berebut nk mkn Adindaku..untuk kanak-kanak pn bagus tau..paling penting dalam pemakanan anak-kita kena cari yang boleh merangsang minda, memberikan serat dan menguatkan imunisasi badan..barula dorang boleh membesar dengan sihat dan cergas kan..
 
 Untuk sang suami ade Qaseh Gold Kekanda, tapi aku belum belikan untuk mrR lagi..mrR tu jenis susah nak makan benda2 kesihatan ni,takut beli kang dia tak minum kang rugi je..huhu
 
Korang-korang kalau rasa nak try amalkan Qaseh ni bolehla dapatkan dengan stokis2 berhampiran, kalau rasa nak bantu aku jana pendapatan pn boleh, sila SMS/WhatsApp/Call aku di talian 0197795723..insyaaAllah benda baik kita kongsi bersama..
 


1 comment:

  1. Salam sis, berapa hari makan qaseh baru susu bertambah?

    ReplyDelete