Salam..

Tetibe terfikir pasal birthday party Airis akan datang..lagi 2 bulan je Airis dah genap 3 tahun usianya..how time flies

Tahun2 sebelum ni mg kitorg buat majlis meraikan birthday dia, 1st birthday kebetulan masa Makndak dia bertunang..n 2nd birthday pulak sekali harung dgn majlis qurban

Amalan menyambut hari ulangtahun ni sebenarnya dah biasa dalam family aku, sejak kami adik beradik kecik Mak mesti akan belikan kek semperna birthday sesape..ms aku kecik2 mg mak ade buat majlis mkn2..buat kek besar2,pgl kawan2 datang makan sama2..tp bila usia makin meningkat dah takde macam tu..celebrate bersama family je..

Berbeza dgn mrR, dia takde amalan macam tu..so bile aku nk buat birthday party utk Airis dlu dia semacam tak setuju..aku convince kan dia..bukan niat kita nk tiru agama lain ke ape, just for fun, jemput budak2 kt kawasan kejiranan ni, buat mkn2, bg hadiah sikit (party favour) kt bdk2..anak kita happy, bdk2 pn happy..1 more thing bukannya kita tiru amalan buat hajat tu pn...tapi terpulanglah pada org yg nk judge tu mcm mn..

Tahun ni rasanya mcm takde birthday party utk Airis...plan nk buat kt rumah (putrajaya) ni n jemput2 kwn2 ofis bwk anak2 dorg..dah siap plan tema tahun ni Frozen memandangkan Airis suka sgt frozen tu..siap boleh nyanyi lagu let it go tu...tp mrR macam tak setuju..aku agak dia taknak sebab takut org fikir kami ikut amalan kafir..aku agak terkilan kt situ..tp takpelah kalau taknak buat pn..hidup kalau terlalu takut dengan cakap2 org pn payah jugak..

Aku ade google2 jugak pasal amalan menyambut ulangtahun kelahiran ni...aku ambik dr sudut yg positif je..meh aku share sikit info dr blog ni http://rusukiri.blogspot.com/2013/11/amalan-menyambut-hari-lahir-dalam-islam.html

Menyambut Hari Lahir
Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.
  • Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
  • Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
  • Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.
Tujuan sebenar 
Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.
Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.
Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :
 Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira
  • Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 
(Ad-Dhuha: 11)
Berbuat baik terhadap ibubapa
  • Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.
Doa-mendoakan antara satu sama lain
  • Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

Mengadakan jamuan yang sederhana
  • Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
Mengadakan majlis tazkirah ringkas
  • Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
Memberi hadiah
  • Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: 
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
Muhasabah diri
  • Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.