Salam..

Maaf, bukan bermaksud mengagungkan hari perayaan agama lain, ucapan ditujukan sekadar untuk menghormati saudara yang berlainan agama..

Yes, aku dilahirkan dalam keluarga Islam..Alhamdulillah,aku bersyukur dengan fakta yg satu itu..
Tapi aku tak boleh menafikan yg Mak dilahirkan dari keluarga bukan Islam,yakni budha dengan bangsa Cina..
Mak dilahirkan oleh nenek yg bernama Lim Siew Lan..tapi dibesarkan oleh keluarga Siam (Enu dan Esang) yang tidak mempunyai zuriat, malah dinamakan Ranchana oleh keluarga tersebut dalam daftar kelahiran..

Mak dibesarkan dan dididik dengan ciri-ciri Siam kampong..yg mana rutin harian bersawah, menoreh getah, makan nasi dengan ikan air tawar, macam keluarga melayu..tinggal pun dalam kampong melayu..maka mak tak penah meraikan CNY sejak kecil..
Bila usia mak 6 tahun, keluarga Cina ambik beliau untuk tinggal bersama sebab dah nak masuk alam persekolahan..tapi mak tak betah tinggal bersama mereka atas factor cara dan budaya yg berbeza..Mak balik tinggal dengan keluarga Siam..
Tak lama lepas tu, atok Enu meninggal dunia, tinggal nek Esang yg nk menyara n membesarkan Mak,akibat kesempitan hidup Mak diserahkan kepada jiran Melayu iaitu Nenek Rokiah..
Dipendekkan cerita, Mak memeluk Islam pada usia 16 tahun..n kawen dgn Ayah..

Masa aku sekolah rendah (darjah 4 kot), Mak bawak kami adik beradik ke rumah Tok Lan (Cina) pada Tahun Baru Cina, bawak sekotak limau dan sebijik kek..mungkin lepas masuk Islam keluarga Cina marah n buang Mak..masa tu aku dapat lihat drama airmata, Mak Ayah minta maaf kt Tok Lan..akhirnya dorg terima Mak n kami semua..sejak dari hari tu hubungan Mak dgn kuarga kandung dia makin erat..

Setiap tahun kami akan berkunjung ke rumah TokLan tiap kali CNY, paling syok dapat collect angpau..selain CNY pn kami melawat jugak, lagipun kami tinggal agak berdekatan..

Cuma sejak aku kawen, aku jarang balik kg..n jarang ke rumah Tok..CNY last year aku tak balik..n tak sangka itu adalah last CNY bersama TokLan..Mak cakap TokLan Tanya kenapa kami tak balik n dia tetap kirimkan angpau untuk Airis, cicit dia yg entah ke berapa..Mak aku anak bongsu dari 10org adik beradik..bayangkanlah berapa ramai cucu n cicit mendiang..

Aku masih ingat lepas kami (aku n mrR) kawen, TokLan bagi angpau, n cakap itu adalah angpau terakhir sebab kami dh kawen, lepas ni tak boleh dapat lagi..weee mrR suke sangat sebab pastime dpt angpau katanya...hehe

Tahun ni pn kami tak balik, Mak pn mungkin tak balik ke rumah TokLan walaupun masih ada abang n kakak beliau di sana..aku dapat rasa Mak bersedih, kehilangan Ibu kandung, satu-satunya Ibu yg beliau ada setelah pemergian Nek Rokiah dan Nek Esang beberapa tahun lepas..Mak beruntung ada 3 org mak, tapi sekarang semuanya telah pergi..aku turut bersedih..

Mak tak penah menikmati kemeriahan CNY sepanjang hidup beliau..dan Mak tak penah kisah pn pasal CNY..ekceli sejak kecik kami adik beradik yang beria2 nk sambut CNY sebab dpt collect duit banyakkkk heheehe

Mak memang bertuah, dilahirkan oleh keluarga Cina, dibesarkan oleh keluarga Siam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Islam dalam keluarga Melayu sampai sekarang...tapi ape2 pn mak tetap seorang Islam yang berbangsa Cina...Selamat Tahun Baru Cina Mak..adik bangga dengan Mak!!