Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..

Harini bermula dgn kisah sedih dan menyayat hati, Timb Ketua Pengarah Kastam Dato' Shaharuddin Ibrahim atau lebih dikenali dgn gelaran Dato' S di kalangan warga kastam telah kembali ke rahmatullah..lebih tragis, beliau ditembak dari jarak dekat ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat....innalillahi wainna ilahirojiuun..

Dato' seorang yg sangat tegas, mg ai akui ai sendri takut tatkala bertentang mata dengan beliau, tapi beliau merupakan pemimpin yang disegani dek kerna kejujuran beliau dan juga sifat prihatin terhadap bawahan..ai bukanla seorang yg berkerja directly dengan beliau tp ai ditugaskan utk jaga asset dlm bilik pejabat beliau...

Yang paling memilukan ade jugak segelintir pihak cuba mengambil kesempatan apabila cuba mengaitkan tragedy berdarah tersebut sebagai permainan politik...putrajaya dikatakan tak selamat, kononnya hasil pemerintahan selama ini,ape kejadah pulak nk kaitkan dgn politik pulak..mentang2 la PRU dh dekat ni..dasar cakap orang xde otak!!geram ni grrrrr

Jom kawan-kawan kita sedekahkan al-Fatihah kpd Allayarham..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..aminn