Since masuk 3rd trimester ni,ai selalu pedih ulu hati a.k.a heart burn...sakitnya terasa membahang di dada..nk tdo mlm pn susah..tambah pulak dgn sakit pinggangnye lagi..so ai pn mulakan pencarian di incik gugel utk mengatasi masalah ni...tadaaa meh kite same2 tgk ape yg perlu dibuat ye kwn2..:)

Bagaimana merawat pedih ulu hati:
1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.
Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.
3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
9. Jangan merokok.
10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
11. Tangani stres dengan tenang.
12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.