Tetibe je ai teringat nk wat checklist untuk barang2 keperluan baby and mama untuk dibawa ke hospital nanti..heheh byknye masa terluang ai arini eventho ade je fail ats meja n various calls from client...bkn malas nk wat keje tp arini terlebih rajin nk ngapdate blog ni..hehe..so ai google2 dptla list barang2 keperluan utk bakal2 ibu mcm ai ni kt website www.bengkungmoden.com ...so sesape yg nk tgk details bolehla click kt link 2 eh..ai dh tapis2 cket so dat xdela nmpak byk sgt..hehe yang bertanda ~ X 2 maknanya belum ade la eh :)


Keperluan Di Kaunter Pendaftaran ~ considered DONE
1. Rekod kesihatan ~ buku merah
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan / mengandung) ~ buku merah le 2
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan) ~ GL office tp according to colleagues dh xperlu GL sbb hospital dh gn HRMIS skg ni.. 
4. Kad Pengenalan ~ opkos le ade

Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian
1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan didepan (ini untuk memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih ~ X
2. Stoking (2 pasang atau lebih) ~ X
3. Kain Batik atau seluar yang longgar (seelokeloknya seluar dari kain kapas) – 3 helai atau lebih ~ X
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin ~ mak punye je
5. Set mandian (bersalin dihospital kerajaan) ~ ambik yg ade kt umah je
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
6. Ubat bersalin / set bersalin ~ X
7. Tisu ~ X
8. Selipar Jepun
9. Pad / Tuala Wanita – pastikan anda membeli jenis yang tebal untuk aliran darah yang banyak selepas beberapa hari bersalin. ~ X
10. Seluar Dalam. Jika nak mudah, beli disposable panties (seluar dalam pakai buang) ~ X
11. Nursing bra / bra menyusu ~ X
12. Pengikat rambut – jika anda berambut panjang

Barang-barang lain yang juga agak penting
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Duit syiling – jika anda ingin menggunakan telefon awam
3. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
4. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lense).
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu menunggu saat melahirkan ~ X
6. Gambar orang tersayang
7. Pelembap bibir / Lipstik
8. Pemotong kuku
9. Bedak / make up (bagi sesetengah orang, tidak kira didalam keadaan apa pun, mereka tetap mahu kelihatan cantik ☺)
10. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick ect. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu dihospital ~ ambik yg ade kt umah je

Barang-barang bayi
Barang-barang asas
1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih ~ done
2. Barut ~ done
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi ~ done
4. Pampers / lampin pakai buang ~ done
5. Bedung / kain napkin ~ done
6. Barang mandian bayi ~ X
7. Beg – untuk mengisi barang bayi ~ X
8. Tuala ~ X

Barang-barang Penjagaan Bayi
1. Tisu lembap / wet tissue – untuk membersihkan punggung bayi ~ done
2. Tisu (toilet roll) ~ X
3. Krim untuk mencegah ruam lampin ~ X
4. Minyak untuk disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut ~ X
5. Bedak / losyen ~ X

Barang - barang Ibu ~ xperlu bawak ke hospital kot..
1. Pengering Rambut / Hair Dryer – untuk mengeringkan luka pembedahan setiap kali selepas mandi ~ dh ade
2. Tisu gulung – digunakan untuk melapik perut setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden ~ X
3. Ubat luka – diberi oleh hospital atau jika tidak ada boleh dibeli difarmasi ~ X
4. Losyen bayi – untuk disapu diperut bagi menghilangkan hitam diperut ~ X
5. Gel sireh slim atau ubat untuk disapu diperut agar perut kempis dengan lebih cepat ~ X
6. Bedak sejuk / param / pilis (optional) ~ mak buat sndri
7. Selipar didalam rumah (bedroom slipper) – untuk dipakai sepanjag tempoh berpantang bersama dengan stokin ~ X
8. Anti Septic Dettol – untuk digunakan membasuh luka pembedahan setiap kali sewaktu mandi ~ X
9. Pam susu ~ X

Barang-barang Bayi ~ xperlu bawak ke hospital kot..
1. Set Tilam, bantal dan selimut ~ done
2. Bedak / Losyen ~ sda
3. Sabun / mandian bayi ~ sda
4. Besin mandi ~ X
5. Lapik Getah - untuk digunakan sewaktu menukar lampin bayi ~ X


memandangkan banyak betol yg bertanda merah 2 makanya ai kenala wat checklist di sebelah utk memudahkan pembelian barang di kemudian hari hehe....