Pages

Friday, June 28, 2019

Airis Batrisya :: Oh my girl

 
Airis oh Airis
 
Aku tak tau apa lagi yang tak kena dgn anak nan seorang ni. Pagi2 bangun mesti nangis!!Bukan kata weekdays je, kalau weekend aku kejut bangun solat subuh pun sama jugak, nangis!
 
Aku ni bukan boleh dengar nangis pagi2, serabut kepala otak. Mula la mama dia nak menyinga. Dia pulak jenis provok, lagi kita pujuk lagi kuat dia nangis, kalau marah dia bentak2, hempas pintu bagai. Mak dia apalagi mula la capai apa yg ada nak libas. Haihhh la anak, tak pasal2 dapat sakit. Awak tau mak awak ni garang, lagi nak buat hal..huhu

Hajat di hati harini nak lunchdate berdua dgn dia, maklumlah jumaat kan rehat panjang. Tapi dah jadi cenggini aku bagitau tak ambik dia tengahari, lagipun dia dh bawak beg KAFA siap2 so tunggu jelah kat sekolah. Maka aku pun berjalan la keseorangan kat Alamanda tu, cukup sejam rasa dh tak tau arah. Sebelum balik tapaukan frappe & croisant sebab teringat dia suka lepak sbux, terus zass balik ambik baju kafa & pegi sekolah dia. Aku cari kat kelas takde, tanya kawan2 pun dorang taktau..aku masuk kelas kafa & tinggalkan nota, takut dia ingat barang orang lain pulak nanti, tinggalkan frappe kesukaan dia atas meja dgn harapan takdelah orang lain ambik. 

Sebelum ke kereta aku sengaja pusing kot dataran ilmu kot2 dia main kat situ, sah ada. Dia senyum meleret bila tgk mama yg garang ni, aku peluk dia, terus rasa sebak di dada, aku rasa bersalah sebab libas hanger kat kaki dia pagi tadi. Dia relax je macam takde pape terjadi. Aku suruh dia naik kelas tukar baju & minum frappe terus dia lari mencicit tinggalkan aku sorang..alahaii anak

Airis ni selain perangai nangis bangun pagi tu, perangai dia di lain waktu cukup menyenangkan. Boleh disuruh, apa yg mama mintak semua dia buat tanpa rungutan. Boleh diharap jagakan adik2 eventho dia belum 8thn pun. Mama harap satu hari nanti kita boleh jadi close friend, mama nak jadi tempat kakak meluahkan perasaan, mama taknak ada gap di antara kita. Kalau satu hari nanti kakak terbaca blog mama, ketahui lah kakak yang mama sayang kakak sangat2..
 
 
 
 
 

Friday, June 14, 2019

Aathif Irfan :: Happy Birthday!!

 
Alhamdulillah 
 
Syukur ke hadratNya Aathif dah setahun harini.
 
Masih aku ingat saat berjuang melahirkan anak bertuah ni, saat surprise dengan jantina dia, saat pertama kali dakap & susukan dia. Such a beautiful baby #pujianaksendiri
 
Setahun sudah usianya. So far Aathif
 
- ada 9 batang gigi, termasuk geraham sebelah kanan, yang kiri coming soon i guess
- belum berjalan, still meniti berpaut tepian sofa/kabinet hehe
- boleh sebut papa, mama, tata..& few bahasa jermen #mulutriuh
- boleh lambai (babai), pok amai2 & wawawa bulan
- suka sengih tayang gigi
- kuat makan, tapi dah taknak bubur. prefer nasi 
-   kurang minum susu, kalau bancuh 5oz dia minum 4oz, tapi kalau bancuh 4oz dia minum 3oz je..perangai sangat
- cebik bila tengok mama nangis, hati tisu gaya hero sorang ni hehe
- clingy dengan mama & papa tp lebih manja dengan papa kot #heh
- suka gomol2 dengan kakak Ayra
- suka naik tricycle, papa la kena tolak tiap petang
- kemain payah nk tido sekarang ni
- kat umah bs dah tak tido buai, umah still lagi guna buai
- sangat sayangkan mama #hahaha
tu je nk story
Daa