Masih dalam mood Seoul. Sementara ingat ni meh kita review apa yang aku shopping masa kat Seoul itu hari. Lets cekidout

1. Namdaemun Market
- Fridge Magnet KRW5,000 per set (ada 9pcs)
- Nail Clipper KRW5,000 per set (ada 10pcs) x 3 = KRW15,000
- Tshirt Korea Flag KRW10,000 for 3 x 2 = KRW20,000
- Bookmarks KRW2,000 per pc x 3 = KRW6,000 KRW4,200
- Mirrors KRW7,000 per pc x 3 = KRW21,000  KRW20,370
- Sudu KRW6,000 per set x 2 = KRW12,000 KRW8,400
➡ after diskaun = KRW72,970 👍
- Brooch KRW1,000 per pc x 10 = KRW10,000
- Down Jacket KRW5,000
- Face Mask KRW3,000 x 2 = KRW6,000
- Seluar tido KRW2,500
TOTAL = KRW96,470

Sebahagian besar barang belian di Namdaemun Market
Free gift items

2. Doota Mall
- Innisfree Serum set KRW24,000 (kiriman adik)
- Innisfree Lip Balm KRW7,000
- Etude House KRW6,800
TOTAL = KRW37,800
Innisfree serum set - kiriman adik

Free gift gempak jugak

3. Myeongdong Street
- Top KRW5,900
- Brooch KRW3,000 x 2 = KRW6,000
- Diari Artbox KRW1,750
- Cosmetic Etude House KRW12,100 (kiriman adik2)
- Face Wash Nature Republic KRW4,400 (kiriman bos)
TOTAL = KRW30,150
Diari comel pun nak beli

Brooch RM10+

Eyebrow Liner RM10, eyeshadow stick RM14. Freegift wajib ada

4. Daiso Myeongdong
- Tumbler KRW2,000 x 2 = KRW4,000
- Socks KRW1,000 x 4 = KRW4,000
- Hanger KRW1,000
- Stickers KRW1,000 x 2 = KRW2,000
- Eyeliner KRW3,000
- Plastic Bag KRW20
TOTAL = KRW14,020
Takde arah beli hanger budak haha
5. Insadong Street
- Sudu KRW2,000 x 2 = KRW4,000 (kiriman adik)
- Fridge Magnet KRW4,000 (ada 8pcs)
- Keychain Korean Doll KRW4,500 x 2 = KRW9,000
TOTAL = KRW17,000
Doll keychain untuk Airis Ayra. Mahal sikit yang ni RM16 per pc huhu

Sudu kiriman adik aku & fridge magnet murah di Insadong

So total disbursement untuk acara shopping2 adalah KRW195,440 lebih kurang RM700. Kalau ikutkan bajet aku untuk shopping KRW150,000 je huahuahuaaa. Sebenarnya kami byk berabis kat myeongdong street mlm last sebab banyak lagi balance Won, tu yang terbeli mcm2 takde dlm list hihi. Overall okeyla, takdela membazir sgt, aku byk beli kiriman adik, untuk anak2 pun bukannya org lain kan.

Boleh dikatakan barang souvenirs di korea ni takdela mahal sgt cuma part makan tu memang terasa la kemahalannya. Cuma aku ja yang terlajak shopping, kalau tak tukar extra KRW50,000 memang aku takkan shopping lelebih gini.

Bab makan tiptop, overall untuk hari aku belanja lebih kurang KRW70,000 untuk F&B. Kira okeyla kot RM250 untuk survive di Bandar Seoul. Semua pun maklum kos hidup sana memang tinggi. Itu pun kami cuma makan sekali sehari di kedai proper. Kalau makan 3x sehari kat restoran/kedai memang tak cukuplah KRW72,000 tu mau hundred over.

1. Yoogane - Seafood Dakgalbi @ KRW6,000 per pax.
Nasi goreng seafood la kiranya. Dia akan goreng depan kita. Yang menarik kat sini adalah side dish dia, salad kubis tu mg ohsem sangat. Yummeh. Harga kira affordable, murah la compare tmpt lain.
Takdan nak snap gambar overall dah hihi
2. Asian Cuisine - Marinated Beef Rice (tak ingat nama proper) @ KRW12,000
Macam nasi campur, ada marinated sliced beef campur kimchi, salad, seaweed. Side dish kurang menarik, sup pun hambar je tapi dah lapar telan sajalah. Harga memang mengundang kekesalan, lagi kesal sebab tak dapat habiskan. Huaaaa
Marinated Beef Rice kot nama dia
3. Busan Jib - Asam Pedas Ikan + Steamed Rice @ KRW20,000/2 + KRW2,000
Sini makanan memang sedap, portion pun banyak sebab tu asam pedas kitorg order satu share berdua. Side dish dia bagi sambal ikan bilis dengan odeng, kimchi dan seaweed. Pun sedap. Tak pasti jugak kalau disebabkan perut lapar dan penat semua jadi sedap. Lagipun bayar mahal wajib habiskan hehe.
Asam Pedas Ikan bersama side dish

4. Ni'mat - Chicken Curry Set @ KRW9,500
Stall ni kat foodcourt area concourse Incheon Airport. Lepas dah check in, naik shuttle tren baru sampai ke Concourse dan cari Foodcourt 4. Memang serve makanan halal, tapi pilihan makanan lebih kepada makanan timur tengah. Set ni ada roti, nasi kuning yang hambar, curry ayam yang taktau ape rasa dan salad. Aku makan jelah dah lapar. Redha.

Sila makan saya

5. Street Foods Myeongdong Night Market @ KRW26,000
Sepanjang kat myeongdong ni aku banyak berhabis bab makan. Street food dia memang temptating tapi bukan semua boleh dimakan oleh kita. Pastikan stall jual seafood semata dan tak campur pork. Aku beli & makan :
a. Egg Bun KRW2,000
b. Hotteok KRW2,000
c. Pastry ikan KRW2,000
d. Strawberry KRW3,000 (kwn belanja KRW2,000)
e. Octopus bakar KRW4,000
f. Seaweed laver KRW10,000 (ada 16 packs)
g. Gula Tarik almond KRW5,000
Strawberry KRW3,000 - norul belanja hihi manis oo
Octopus bakar

Eggbun - 2x beli

Sugar Hotteok
Pastry ikan - sedap 

tempat kami beli sotong bakar

6. Nami Island - Red Bean Bun @ KRW1,000
Sedap, inti padat tapi pau tu kecik cinonet je. Jadilah nak merasa je.
Pau kacang merah - inti padat

7. Buah Berangan @ KRW5,000
Ni aku beli masa duk jalan menuju ke Insadong. Jauh jalan rasa nak mengudap maka terbelilah buah berangan siap kopek dari uncle ni. Ingatkan panas rupanya sejuk buah dia. Huaaa sebab mahal abiskan jugak la sepeket tu. Mujur tak angin satu badan.

8. Deli Manjoo @ KRW3,000
Lebih kurang macam kaya ball, tapi inti dia lagi banyak dan manis. beli kat Stn Myeongdong.
bentuk macam bahulu sikit

Peket kecik KRW3,000
9. Chocolate Milk @ KRW2,000
Yang ni aku beli kat airport, konon sebab nak habiskan balance dalam t-money. Sayang nak refund sebab nanti kad tu dorang ambik balik so beli air topup cash sikit. Sekali minum punya la sedap, aku beli lagi 2 botol bawak balik utk anak-anak kesayangan. Kawan aku beli perisa latte, blackcurrent pun sedap giler katanya.
Botol pun cute, boleh recycle buh air masak hehe
café latte - pun sedap

Anggur - pun sedap
Overall aku berpuas hati dgan bajet shopping & makan sepanjang kat Seoul. Cuma kalau diputarkan waktu aku takmau shopping merapu sangat sebab bila dah balik tengok ade benda yang taktau nak buat apa. Nak bagi kat orang sayang nak guna sendiri pun sayang. Haha. Bila lah leh pegi Seoul lagi kan. Won pun ada baki lagi tu hihi. Nak ajak mrR la pulak pasni weeehuu.

Daa till next time 😉