Last day kami mulakan dengan breakfast kat kitchen buat kali terakhir. Pagi tu kami turun lambat sikit so kitchen agak crowded dengan rombongan dari Indonesia. Geng ibu2 bapak2, dorang stay seminggu tak salah aku. Macam biasa kami buat nasi goreng Brahims campur scrambled eggs, tinggal last kopek mg khusus untuk last day. Aku goreng telur mata jugak taruk atas hehe.
Lepas breakfast kami naik ke rooftop GH. Wahhh udara memang nyaman sekali dong. Sejuk jangan cakap lah. Rugi tak naik sini awal2. Boleh berpiknik kat atas ni. Kalau malam sure lagi cantik. Boleh dikatakan hamper kesemua bangunan ada rooftop gini, tempat dorang lepak2, kadang buat tempat ampai baju. 



Pukul 10 gitu kami check out. Sempat berposing dengan Mr Youn - Manager cum receptionist yang handsome haha. Dia ni pandai speaking English so senang apa2 hal nak Tanya. Ko janganlah g tanya staf dia yang lain takde nye dorang nak paham. Kalau dorang explain pun ko pulak yang tak paham haha.

Bilik yang selesa 


Makyong 6m di K-Guesthouse Myeongdong 3
Kami tunggu Airport Limo Bus kat tepi jalan besar opposite Daiso tu. Memang dekat giler jarak dia, so takyah nak renyah2 angkat beg turun tangga ke ape. Disebabkan beg yang beranak pinak dan berat maka kami decide untuk naik bas, option lain boleh je nak naik tren sampai ke Incheon tapi aku tak gigih nak angkat beg. Kudrat oii. Takpelah won pun ade lagi so kami topup cukupkan KRW14,000 untuk tambang bas ni. Aku cuma tambah KRW6,000 je sebab ade balance KRW8,700 lagi malam sebelum tu. Rasanya perjalanan ambik masa sejam, aku membuta je. Tup2 dah sampai, konon nak tengok panorama Seoul nampaknya hanya tinggal kenangan. haha.
Kat depan GH - beg beranak satu
 Laluan bus

Tunggu je kat sign ni

Bas dah sampai

Dalam bas ada heater, panas oiii

Check-in kaunter buka strictly at 1.00 pm


Lepas check-in dan drop luggage pukul 1 lebih tu kami terus ke bangunan concourse naik shuttle tren untuk ke gate pelepasan n0. 123. Boleh tahan jauh nasib baik ade tren tu. Kalau kena menapak taktau cemane. Overall airport Incheon ni friendly passenger bagi aku, direction & flow dia senang nk ikut walaupun besar gedabak. Incheon pun ade 2 terminal untuk aircraft yang berlainan, yang aku pasti untuk AirAsiaX memang akan arrive & depart dari Terminal 1.

Sampai concourse kami cari foodcourt 4, ada kedai makanan halal nama Ni'mat. Nak tunggu makanan flight lambat lagi so isi perut kat sini dulu la. Duit won pun ada lagi hehe. Lepas makan kami cari surau kat tingkat atas. Senang cari surau dia, cuma part nak ambik wuduk struggle sikit sebab kena ambik kat sink dalam toilet, pepaham jelah. Surau pun campur laki pompuan tanpa ada sebarang penghadang. Tapi syukur jugak disediakan surau kan. Siap solat kami terus menuju ke gate 123. Dalam perjalanan terjumpa pulak booth pakaian tradisional korea, boleh pakai hanbok free. Apalagi kami tak lepaskan peluang try hanbok buat kali terakhir. Posing saja lah.






Pukul 3.20 kami masuk boarding gate, dan sekitar 4pm flight pun berlepas dari Incheon ke KLIA2. Kami tiba di KLIA2 sekitar jam 9.30 malam waktu Malaysia. Maka dengan itu tamatlah pengembaraan 5h4m kami di bumi Seoul. Perasaan bercampur baur, rasa tak puas jelajah Seoul, rasa rindukan keluarga terutama anak2 tercinta, rasa nak datang lagi, semua ada la. Harap satu hari nanti, ada rezeki dapat bawak suami dan anak2 dating sini. Banyak lagi tempat boleh explore seperti Everland dan Lotte World. Sure seronok kalau pergi dengan anak2. One fine day, InshaAllah.

******************************************************************************
Nak review sikit pasal Guesthouse kami sepanjang kat Seoul.
K-Guesthouse Myeongdong 3

Alamat : 35-9 Myeongdong 10-gil, Jung-gu Seoul
Direction : Dari exit 8 Stn Myeong-dong, turn left dan jalan sampai jumpa simpang ke-2 (ada nature republic kat corner sebelah kanan) turn right dan GH ada di belakang bangunan nature republic tu.

Jarak dari exit 8 ke GH dalam 190m sahaja.
K-Guesthouse Myeongdong 3 - gambar ihsan google
Kami pilih standard twin room, means ade dua katil single. Bilik dia tak besar pun tapi muat lah untuk kami berdua. Toilet pun okey, bersih. Shower gel, shampoo dan conditioner yang disediakan pun bagus.
Rate masa kami book adalah RM192 per night, total untuk 5h4m adalah RM844.92 termasuk cukai etc. Vat kat korea ni agak mahal tau, 10%. Pastu Expedia.com pun ade charge jugak untuk service dorang tu yang jadi amaun sum gitu. Takpelah mahal sikit janji kami selesa. Paling penting toilet takyanh share dengan orang lain. Ada banyak guesthouse yang lebih murah sebenarnya dan kalau nak save lagi boleh stay kat guesthouse jenis dorm tapi nak share toilet tu yang aku dan partner kurang gemar. Aku ni pulak pregnant asyik nak ke toilet, tak selesa la kalau asyik buat orang tunggu ke ape kan. So takpelah berbelanja lebih sikit untuk hotel.
Lagi satu yang jadi keutamaan kami adalah kemudahan LIF. Disebabkan beg yang berat, tidaklah kami gigih untuk stay GH yang takde kemudahan lif. Sepanjang pencarian GH memang ade yang menarik dari segi lokasi dan harga tapi lif pulak takde. Aku memang surrender bab angkat beg ni. So kena pilih antara wang dan kudrat. Gitew. Kat K-Guesthouse Myeongdong 3 ni kami stay kat tgkt 6, bayangkan kalau takde lif...huaaaa naik tak turun dah la kot. Haha.
Konsep GH semua sama kot, breakfast disediakan sesimple yang mungkin, yang semua orang boleh makan. Dorang sediakan roti, telur, butter, toaster, cereals, susu dan orange juice. Telur tu sukati korang nak masak ape, scramble ke, mata ke, dadar ke, ade mat saleh tu aku tengok dia masak 4 biji telur campur susu, pastu makan sorang. Giler ah. Kami pun tiap pagi buat scrambled egg pastu kacau dengan nasi goring Brahims. Nasi goring tu takleh panaskan dalam pan sebab pan hanya khas untuk masak telur. So panaskan nasi dalam microwave dulu tuang dalam pinggan baru kacau dengan telur. Pun sedapp.
Kitchen yang luas
Reception area
Bilik kami dekat dengan lif dan air panas
Bilik kami di tingkat 6, buka je lif tadaa Nampak pintu bilik dah. Depan pintu ada water dispenser panas sejuk. Brand tak ingat pulak ape. Tapi senang sebab kami rajin masak maggy cup hihi.
Aku dan partner berpuas hati dengan GH ni. Cuma ada satu perkara yang buatkan kami kurang selesa adalah system air-cond/heating dorang. Automatic je bertukar jadi heater bila malam. Panas oii nak tido. Kita ni orang Malaysia walaupun Negara sentiasa panas tapi tido nak dalam sejuk je manjang. Dorang ni terbalik, bila cuaca sejuk dorang nak tido dalam panas. Dahla bawak baju seluar tebal2 belaka. Huhu. Merana jugak kami di malam pertama sebab kepanasan. Esoknya pegi cakap kat receptionist mintak tukar ke air-cond sebab kami nak sejuk. Haha. Dorang pun pelik kot. Tapi perkara tu berulang di malam yang berikutnya. Sampai ada ketika aku dah malas nak turun cakap, gasakla tido dalam panas. Huhu. Cuma malam terakhir tu walaupun panas tapi kami boleh tido dengan nyaman, entah sebab letih yang teramat kot atau dah mula dapat adapt dengan keadaan gitu. Haha.
Lokasi GH ni amat strategic bagi aku. Dekat dengan subway, located at Myeongdong sorga membeli belah bagi kaum hawa, tiap malam boleh jalan kaki je round night market. Kat situ semua benda ada, korang nak Uniqlo, H&M, MCM, eh ape aje lah. Shinsegae Duty Free Mall pun dekat tapi kami tak pergi pun. Makanan halal pun ada area tu, kedai makanan india tak salah aku tapi kami tak cuba pun sebab kat Malaysia pun bersepah haha. Paling penting dekat dengan airport bus stop, senang time nak balik. Maklumlah beg dah bertambah gigih lagi ke nak usung naik turun tangga subway tu. Hihi.
So korang kalau tengah survey hotel/GH area Seoul ni bolehla consider K-Guesthouse Myeongdong 3 dalam list korang. Kalau rasa berbaloi, why not kan??
Ok tu je kot aku nak bebelkan pasal Seoul. Dah banyak sangat post naik muak pulak orang nak baca kang. 
tata titi tutu
#nakpegimanapulakpasnieh