Ni first time aku buat itinerary in details, maklumlah first time jugak melancong keluar negara tanpa tour guide pulak tu. Jadi untuk mengelakkan keserabutan semasa perjalanan maka terhasillah itinerary ni. Member aku tengok masa dah siap je, masa nak buat dia taktau aku bersengkang mata tengok maps seoul, baca blog orang, tengok itu tengok ini. Mujur dia okey je, ikut je ape yang aku dah jadualkan. Pasrah. Haha
 
Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, aku takdelah buat yang terlalu padat, dapat cover dua tiga tempat sehari pun dah okey. Aku kena cermin diriku ini, perut ke depan, berjalan pun tak berapa larat. Sebab tu aku banyak pakai alternatif dalam iti aku. Kot2 tak larat kena la guna plan B gitew.
 
Secara ringkasnya aku nak kongsikan kat sini, tapi kalau korang ade yang nak pegi Seoul dalam masa terdekat dan perlukan rujukan boleh dapatkan softcopy dari aku. Aku buat dalam excel je so nak copy paste sini leceh lah.
 
Day 1
- Tiba di Incheon, then ke Myeongdong utk check-in
- Myeongdong Tourist Information Centre
- Myeongdong Street
Day 2
Seoul City Bus Tour
- Deoksugung palace (pass by)
- Namdaemun Market
- War memorial (pass by)
- National Museum (pass by)
- Itaewon (pass by)
- N Seoul Tower
- Dongdaemun
* Changyeonggung Palace
* Changdeokyung Palace
* Insa-dong
* Cheongwadae
* Sejong Centre
Malam : Myeongdong Night Market
Day 3
- Nami Island
- Petite France
Malam : Myeongdong Night Market
 
Day 4
- Gyeongbokgung Palace 
- Bukchon Hanok Village
- Insadong / Samzigil
Day 5
- Incheon Airport, balik
********************************************************************************
Flight kitorg ambik sepatutnya malam, pukul 12.50am. Tapi biasalah AA kan tetibe je reschedule ke jam 4.30am, mereputs la tunggu kat epot tu. Mujur AA bagi voucher meal rm20 bolehla lepak2 mkn2 dlu sebelum boarding. Tapi jenuh jugak la nunggu sampai gate bukak kul 3.30pg tu. Ternganga aku tido kt situ hahaha dh dpt naik kapal rasa lega. Perjalanan ambik masa 6jam30minit. Waktu Korea awal sejam dari kita kat Malaysia. So touch down Incheon around 11.50 gitu. Sepanjang perjalanan aku tido je, tup2 ada FA kejut tanya nk mkn tak, aku ckp je later sbb nk tido lagi. Masa beli tiket aku beli seat biasa. Aku try upgrade ke flatbed thru Optiontown tapi tak berjaya. Maka tidolah aku sambil duduk. Untuk mengelakkan kaki membengkak dengan jayanya maka aku standby pakai flight socks. Ini penting untuk wanita mengandung macam aku la, tapi korang yang tak mengandung pun boleh pakai untuk elakkan tekanan semasa penerbangan yang lama. Lagi satu kalau boleh duduk kt tepi isle, so boleh bangun ke toilet dengan mudah. Aku 3x ke toilet sepanjang perjalanan. Banyakkan pergerakan kaki insyaAllah akan okey. Aku tawakkal kepada Allah swt supaya mudahkan perjalanan aku ini. Pukul 8.50 pg gitu FA serve nasi lemak Pak Nasser, maka makanlah aku sampai kekenyangan. Sedap jugak nasi dia. Hihi

Sesampai di Incheon, terus terasa kesejukan. Suhu masa tu 0.c . Kitorg masuk toilet buang mana patut n aku pakai thermal shirt. Seluar thermal xpakai konon boleh tahan. Lepas tu ikut je direction ke tren untuk ke terminal untuk urusan imigresen & ambik luggage. Lepas dh ambik luggage dlm pukul 1 kitorg cari kaunter AREX seberang terminal. Fuhh giler ah angin luar mg sejuk ckp kire keluar asap la. Expirience tu. Kat kaunter kena Present voucher KTO dan hanya perlu bayar KRW8000 je sehala, instead of KRW9500. Sblm ni fare Arex KRW8000 je entah bila dorg naikkan harga taktaula tu. Sebelum Olympic Pyongchang aritu mungkin. Dari Incheon ni terus ke Seoul Station. Keluar tu ikut je signage Line 4 kaler biru muda untuk ke stn Myeong-dong, tempat penginapan kami. Sampai kt Myeongdong br pulangkan kad kt mesin n dpt refund KRW500. Kitorg sempat reload kad T-Money tu kt mesin, topup KRW20000 je dulu. Kalau guna T-Money dapat save KRW100 tiap kali naik subway/bus awam. 

Dari Myeong-dong station kena exit 8 untuk ke GH tapi exit tu takde lift la pulak. Anak tangga ada lebih kurang 35 steps. Hukhuk. Patutnya naik je ecsalator exit 7 tapi mula2 xtau dekat je exit tu sbb tu naik tangga. Alternatif lain adalah naik Airport bus direct dari Incheon ke Myeongdong ni, KRW15000 tapi sayang ke kupon Arex kami gagahkan jua naik AREX n subway. Takpelah baru first day takkan dah nak mengalah kan. Tak adventure la giteew. Hikss.

Lepas check-in, rehat2 jap solat ape semua kami menuju ke Myeongdong Tourist Information Centre. Tak jauh sangat nak menapak tambah dgn cuaca sejuk2 tambah dengan shoplot sepanjang jalan jadi tak terasa tup2 dah sampai.  Kat sini boleh join pelbagai aktiviti termasuklah pakai hanbok percuma. Kalau korang ramai kena buat reservation dulu tau. Masa kitorg sampai tu takde visitor pun tp staff dorg pn mcm xperasan kami masuk. Aku tinjau2 bilik hanbok pn takde org so tye kat kaunter boleh tak nk try hanbok, terus dia bg buku pelawat isi then terangkan yg boleh pilih 1hanbok, pakai n bergambar 20minit. Pastu boleh print gmbr. Dorg letak layar hijau je sebab kalau ikutkn boleh pilih background kemudian mcm ade software ape tah. Nasib xberapa baik mesin software depa rosak la pulak so dpt layar hijau jela. Kitorg tak print pn gambar tu just simpan dlm fon. Mujur partner aku bawak monopod dapatlah snap sendiri. Huhu






 Lepas tu kami just berpeleseran dan berlibur kat area Myeongdong ni. Macam2macam ado, yang paling utama kosmetik la. Street food yang kita boleh makan pun banyak kat sini, so takyah takut berlapar. Sediakan duit je hihi. Kitorg beli egg bun je KRW2000. Sedap. Aku sempat beli laver utk anak2, gerai tu siap ade pampang tanda halal. So aku beli sesiap la at KRW10000 utk 16 pek kecik. Pastu dah tak larat balik ke GH, solat dan mentido...tamat suda cerita hari pertama dengan jayanya. Doakan hari2 esok aku dpt lalui dgn baik & indah. Aminn
Jumpa esok pulak. Daa