Pages

Tuesday, February 27, 2018

AA Jalan-jalan :: Kidzania Kuala Lumpur

Dah lama tingin nak masuk sini tapi memandangkan anak2 kecik lagi so hold je dulu. Since Airis tahun ni dah cerdik sikit - 7 tahun so marilah bawak dorang pegi. Mak dia yang eksaited benornye, papa macam biasa ngikut aje hihi.

Aku beli tiket online, kebetulan masa tu ade promo semperna anniversary Kidzania KL yang ke-6 so dorang bagi potongan 30%. Banyak saving kat situ sebab tiket dia boleh tahan mahal uii. 4 beranak kami mau RM200++ kot. Seb baik ade diskaun so total dlm RM160+ je aku bayar. Seb baik jugak usia Ayra belum cecah 4 sebab belum masuk birthday dia yang ke-4 so dapat harga toddler hihi. Parents pun kena bayau walaupun takde benda ko boleh main. #lappeluh

Masa beli tiket tu dah kena pilih date sesiap then dia akan bagi sesi, untuk hari sabtu tu ade satu je sesi iaitu jam 10 pg sampai 7 mlm. Sukati korang nak pegi waktu bila tapi disarankan pegilah pepagi tu. Pegi lewat kang xsempat main sangat. Sebabnya akan diceritakan kemudian. Kitorg plan nak keluar awal tapi macam biasalah langit tak sentiasa cerah, ade je halangan so pukul 10 lebih baru sampai sana. Parking kat bawah Kidzania tu je (bangunan Curve NX) per entry RM3 je. Tu je yang aku rasa murah, haha. Lelain kt dalam tu memang mencekik darah.

Sesampai kat lobi, sila beratur untuk dapatkan tag tangan dan kidzos. Masa aku pegi tu ada promo untuk buat Kidzanian Pazzport jugak, RM15 je instead of RM38 semperna anniversary dorang, menarik tu so lets do it sebab dengan adanya Kidzanian pazport ni dorang akan dapat extra salary setiap kali join aktiviti. Lepas ni boleh datang lagi, hehe. Mungkin jugak sebab terlalu ramai dorang terus bagi 50 kidzos untuk setiap kid. Airis & Ayra dapat sorang 50 kidzos la kiranya walaupun Ayra masih dikira toddler, hihi. Banyak duit korang eh, mama jugak yang pokai. Hari tu jugak banyak rombongan budak sekolah, crowded giler baqhangg

Kidzanian Pazzport
Yeayy..AA dah ada passport..oppss
Lepas dah dapat tag & kidzos baru boleh naik tingkat 5, masuk situ dah macam dunia yang lain. Kecik je tempatnye tapi padat. Mula2 sampai kitorg macam blurr taktau mane nak start. Kitorang pegi tgkt 6 buat pazzport dulu, ambik masa jugak kt situ sebab ramai orang. Semua pakat rebut promo RM15 hehe. While stocks last katanya. Padahal hari kitorang pegi tu baru start promo. Dah dapat Pazzport marilah kita mulakan aktiviti. Pusing2 turun naik baru dapat join 1st aktiviti. Masa ni dah pukul 11 lebih kot. Aktiviti macam Aviation, Milk Factory, Fire Station, Police Dept tu memang ramai giler orang, kids je boleh beratur parents sila ke tepi ye. Aku tengok Gleneagles Hops je takde orang beratur so cecepat suh Airis Ayra beratur.



Aku suruh dorang jadi nurse jaga baby, sebab Ayra suka baby. Kalau jadi surgeon kang dia terpinga2 taktau buat ape. Kakak memane pun okey, as long as boleh main je. Beratur kat luar dulu, nanti staff akan bagi no giliran untuk masuk dalam. Untuk aktiviti ni dorang akan dapat salary 7 kidzos + 2 kidzos (sebab ada pazzport). Walaupun Ayra dikira 3y tapi dia still boleh join aktiviti ni. Memula aku risau jugak kot dorang strict bab age ni rupenye tak. As long as anak ko nak join, boleh je.

Dah masuk dalam hospital tunggu batch previous habiskan aktiviti. Ayra excited jugak masa ni. Memasing berdebar nak cuba benda baru haha. Parents takleh masuk tempat ni, tengok dari luar jelah.

Ambik gambar dari jauh je. Masa ni dorang dah masuk nursery. Siap pakai baju nurse pink gitu. Comel. Airis cakap dorang ajar mandikan baby, pakaikan pampers baju etc. Pastu dukung baby n dodoikan. Airis cakap baby tu berat. Haha. Ayra pun enjoy sebab dia memang suka baby. Tapi dia mungkin agak takut dengan 'Staff Nurse' yang trained dorang tu kot, cuak je tgk dia. Masa dorang beratur nk masuk nursery ni Ayra la yang paling ketot. Haha.

Tamat sesi nursery dorang keluar terus aku suh beratur kat Pharmaniaga. Ikutkan dorang nak ke Milk Factory sebelah tu sebab nak buat Vitagen tapi disebabkan belum open untuk hiring so joinlah Vitamin Research Ins dulu. Masa ni dorang stat hiring so dorang akan diberi no giliran. Airis Ayra beratur paling depan masa ni so boleh masuk terus lepas sesi hiring.

Ayra dah start monyok masa ni, sesi hiring pun ambik masa jugak sebab dorang ambik nama setiap kids yang nk join. Pastu kids akan diberi sticker untuk 'working time'. Ayra dah mula merengek taknak join, so aku pun malas nak paksa. Staff tu macam marah je bila aku cakap Ayra nak cancel join aktiviti, mencuka muka dia huhu. Ayra pulak dah start nangis sebab taknak join, pening mak nak pujuk2. 

 Kakak ni aku tak risau, semua dia suka. Nak jadi saintis pulak katanya. Dia jugak paling kenit. Dorang kekonon buat research untuk hasilkan sanitizer, hapuskan kuman dan bakteria. Lepas dah siap ujikaji masing2 akan dapat sebotol sanitizer untuk dibawa pulang. Best. Rugi Ayra tak join haha. Aktiviti ni pun dikira pekerjaan so Airis dapat lagi 9 kidzos. Yeayy.





Dah penat bekerja marilah kita memanjakan diri bak kata kakak. Nak shopping gems sat, buat bracelet sendiri. Kena bayar 10 kidzos (disc 2kidzos untuk Kidzanian). Dia boleh pilih gems sendiri untuk buat bracelet dan lepas tu boleh dapat terus. Kemain suka la dia. Ayra tak join jugak yg ni pun, papa bawak dia pegi main kat kawasan toddler, FOC je kat situ takyah guna kidzos ke ape. 

Lepas setel buat bracelet cecepat kitorg naik ke tgkt atas untuk sesi hiring kilang Vitagen pulak. Alhamdulillah Airis dapat 1st batch jugak untuk masuk buat vitagen ni. Beratur lama jugak la yang ni pun baru boleh masuk. Tak salah aku pukul 1.30 kot sesi hiring, 1.40 baru masuk kilang. Itu pun sebab dia first batch, kalau kena batch 3.4.5.6 kena datang balik semula ikut sticker yang diberi. 

6 kids je per session.

Seronok tengok dia enjoy. Lepas dah siap masukkan bahan2 tingg keluar sebotol vitagen sorang satu. Yeayy keluar dengan happy. Tapi kat sini kena bayar 10kidzos tau, bukannya dikira pekerja bergaji huhu.

Setel buat vitagen kitorg stop dulu untuk lunch. Kat dalam tu takyah risau bab makan, memacam ade tapi harga mencekik sikit lah. Aku makan set nasi goreng dengan air RM17.50, bihun goreng dengan air pun sama RM17.50. Airis beli popcorn sebekas RM6, Ayra beli cotton candy RM4, Chipsmore RM3.70 & Popia 3 ketul RM4. Air mineral pun RM3.50 you. Hahaha

Lepas makan aku turun ke surau di tgkt 3, kena buka tag dulu & tulis nama untuk keluar. Sebab nak masuk balik nanti. MrR dah siap solat kat surau budak kat atas tu sebab dia tgk takde orang katanya. Haha. Sementara tu mrR temankan Airis beratur untuk sesi hiring Ahlil Bomba. Airis dapat 2nd batch untuk aktiviti ni so kena tunggu lebih kurang 30 minit.

So dia masuk dulu Beauty Salon. Jadi MUA mekapkan orang. Yang kelakar dia mekapkan budak lagi besar dari dia. Bertabah jelah budak tu dimekapkan Airis. Haha aku tergelak2 jelah tengok dari luar.


 Dia nak buat manicure jugak tapi sesi bomba dah nak dekat so keluar dari sini dulu untuk jadi ahli bomba pastu datang balik untuk buat manicure.

 Sesi taklimat.
 Bersedia untuk ke lokasi kebakaran. 
Cepat2 padamkan api. Kemain akak polisi bertugas jaga keamanan ye. Dah selamat padamkan api dia masuk beauty salon semula untuk buat manicure, kena bayar 4 kidzos rasanya. Dah cecantik marilah kita cari duit pulak. Kena kerah keja kat kedai telepon. Jurujual henpon kau nak.

Kena jual fon, belajar dulu cara pasang simcard & bateri. Terkial2 Airis nak pasang haha. Masa ni Ayra dah mengantok, tertidur dia kat bench ditemani papa yang setia. Aku bawak Airis explore Kidzania. Macam2 jugak aktiviti lain tak bergambar sebab bateri fon dah kaputs. Sempatla dia join kilang buat slipper & kelas modelling. 



Lepas kelas modelling dia masuk Acting Academy pulak. Nak jadi street dancer pulak anak dara Jejai ni. Berlatih 15 minit then join city dance parade pukul 5.15 ptg. Kemain kau menari nak. Terkojut mak tengok haha. Video aku upload kat ig je.

Aktiviti terakhir untuk sesi hari tu adalah mewarna di Stabilo. Ayra dah bangun tido masa ni tengok dari luar jelah kakak dia mewarna. Ayra ni suka mewarna tapi entah nape dia taknak join jugak aktiviti tu. Mak pasrah. Mujur bayar harga toddler, kalau masuk tiket kids RM80 memang sangat membazir anak oii. 

Selesai semuanya Airis ke Central Bank untuk buka akaun dan simpan kidzos yang terkumpul. Next time boleh datang nk guna kidzos tu lagi. Ayra tak buka akaun pun sebab Central Bank ni parents takleh masuk, Ayra taknak beratur #nangismak. Hasil kerja keras Airis ditambah dengan kidzos Ayra maka simpanan pertama Airis adalah 160 kidzos. yeayyy


ATM Card. Mesin ATM pun ade tau kat sini.

 Satu-satunya kenangan Ayra :p
 Pencapaian Airis
Big clap untuk kakak Airis.

Jam 6 lebih baru kitorg keluar, singgah surau kat tgkt 3 pastu terus balik. Letihnya toksah citer la. Kaki mak ni rasa kebas je duk berdiri berjalan p mai p mai. Tapi demi anak2 mak layankan jua. Airis memang happy & enjoy betul seharian kat Kidzania KL. Hope lepas ni Ayra pun akan enjoy sama. Tunggu dia besar sikit lah baru repeat. 

xoxo.
mak yang letih




No comments:

Post a Comment