Pages

Wednesday, January 3, 2018

Airis Ayra :: Hari Pertama Ke Sekolah

 
2 Jan 2018 maka bermulalah sesi persekolahan 2018 yang sangat dinanti2kan oleh Cik Airis Batrisya dan Ayra Batrisya kami yang bertuah ni. Both excited sebab nak ke sekolah baru. Airis masuk tahun 1 sementara Ayra masuk tadika (4 tahun).
 
Pagi2 lagi dua beradik ni bangun tanpa memeningkan kepala mak dia spt kebiasaan. Maklumlah nama pun excited kan. Mak dia cuma sediakan baju2 untuk dipakai je pastu mula memasak untuk bekal Airis ke sekolah. Aku buat nasi goreng je, untuk sarapan di rumah dorang prefer koko crunch dengan susu. Mudah. Segala beg, bekal, baju semua aku dah prepare awal so sekitar jam 7 dah boleh keluar rumah. Sebelum keluar rumah sempatla dua beradik ni posing2 dulu, nak tunjuk kat Oma dorang katanya. Ayra yg jarang2 senyum pun kemain ceria pagi tu.
 




Sekolah Airis sebelah rumah je pun tapi kereta banyak so kenala keluar awal. Dalam awal2 tu pun jenuh jugak aku cari parking, gatai nak bawak keta, sebab Airis cakap jauh nak berjalan haha. Papa dan Ayra singgah kat sekolah kakak since awal lagi. Rupanya ada maskot Upin dan Ipin tunggu kat pagar sekolah, apalagi happy la budak2 nak bergambar, si Ayra yang tunggu atas moto tu pun turun bergambar dan bersalam dengan si Ipin. Sengih je dorang.



Setel bergambar papa dan Ayra gerak ke tadika Ayra manakala aku hantar Airis ke kelas. First day je pengetua benarkan parents temankan anak so lets temankan kejap. Aku hantar dia sampai ke kelas, tengok dia cari tempat duduk dapat pulak sebelah kawan tadika dulu. Siap pesan jangan asyik bersembang pulak haha.
 
 Awal dorang sampai kawan2 lain belum datang, so sambil tunggu tu aku serahkan semua dokumen, borang yang cikgu mintak isi masa hari orentasi. Setel bab tu lega sikit rasa pasni takyah datang2 lagi. Budak2 pn ada yang monyok, ada yg menguap, ada yang tersengguk2 mengantok, n ramai yang tersengih macam Airis tu, berbunga2 nak mulakan sesi pembelajaran. Cuti lama la katakannn.


Jam 7.30 pagi murid2 kena beratur kat tepi kelas, baca doa, nyanyi lagu sekolah n lagu WP (aku tak tau lgsg), pastu baca ikrar, budak2 ni ikut jela dah tak tau pape lagi kan. Airis paling rendah kot sebab tu bila beratur kt depan je semedang, haha.



Ayra pulak papanya hantar sampai ke atas (tadika di tingkat dua). Papa cakap sampai je kat bawah terus dia buka selipar menonong naik tangga tak tunggu papa dah. Semangat betul lah tu. Tadika ayra ni baru mula beroperasi tahun ni, so mostly peralatan semua baru, kaler hijau kuning belaka. Ayra cakap tadika kedah haha. Sampai je terus duduk kt tengah laman, dah pandai mingle around dengan kwn baru. Alhamdulillah, lega aku dengar bila mrR bgtau gitu.


 Aku tak tunggu lama kat sekolah kakak, lepas dia masuk kelas terus aku balik rumah, cuci baju goreng naget sikit konon nak tambah bekalan dia waktu rehat. Duk ingat pukul 9lebih baru rehat, tup2 dorang rehat pukul 9 pagi, awalkan sikit dari biasa sebab nak bg budak tahun 1 dan 2 rehat dulu. Aku sampai je sekolah tengok dah takde orang kt kelas semua pakat ke kantin gelabah jugakla. Mencari Airis kat kantin tup2 nampak dia br lepas beli roti sosej dua ketul Rm1, tersengih2 pegang pinggan. Haishh bikin mama cuak je. Terus berjalan ke meja tempat dia letak bekal nasi goreng. Aku bawak lagi extra naget ayam. 

Korang tau elok dia bukak bekal nasi gorang cikgu dah buat announcement suruh bdk2 beratur kt tapak perhimpunan. Ko ghase? Darah mak berderau sebab takut anak tak sempat makan. Makanan banyak tapi dia baru makan sosej seketul yang belah dua tu :'( . Kalut2 la dia suap nasi goreng tak sempat abis dia cakap simpan makan tengahari. Aku dah agak kalau dia pegi beli makanan kantin mg takkan sempat makan sebab tu dah pesan jangan beli, makan je bekal yang mama bagi. Haihh la anak.

 Time ni budak2 lain dah mula bangun nak ke tapak perhimpunan dia dengan dua-tiga org kawan je baru nk start makan.

 Mama tunggu tengok dari jauh je. Bagi budak2 je dalam kawasan meja kerusi tu, kalau dah parents pun menyibuk duduk same budak nak duduk mane??haihh pening jugak tengok makpak nak jadi budak sekolah ni. Cikgu tengok pun geleng kepala.

Lepas perhimpunan tu dorang gerak ke kelas masing2, aku pun balik ke rumah masak untuk tengahari pulak. Petang dah start kelas KAFA so Airis tak balik rumah, aku bagi dia makan kat sekolah je. Kalau dah balik, nak datang semula takut tak sempat sebab pukul 1.10 baru keluar kelas dan pukul 2 dah kena ada kat kelas KAFA pulak. Malas nak rushing2.

Tengahari tu aku pegi sekolah kakak dengan papa dia, since Ayra takyah nak tunggu pun, pas antar pagi papa dia tak tunggu pun terus balik. Sementara tunggu Airis keluar kelas nampak la dia duk buat aktiviti kat dalam kelas, menulis dan mewarna kot. So far okey, dia tak kekok dengan suasana kelas yang baru tu. Alhamdulillah.

Lepas makan bekal nasi dia nak ke kantin beli roti sosej pulak, sebab pagi dia sempat makan seketul je. Roti sosej takde dia beli kopok lekor 4 ketul RM1, elok je pusing tengok kopok dah tinggal 3, satu dah ke lantai..hmmm Airis oh Airis..tak mampu mama nak kata apa dah..nak abiskan dua ketul kopok tu pun jenuh, mama tlg abiskan seketul sebab papa dah bising cakap dah pukul 2. 

 
Kelas KAFA belum officially start semalam, parents cuma bagi saiz tshirt kafa dan bayar yuran je. Tapi kami tak tau yang lepas bayar yuran dan boleh bawak balik anak. Elok je kami balik berdua solat rehat ade kawan aku call cakap anak boleh balik lepas parents byr yuran. Lah pulak, mrR cepat2 pegi ambik Airis kat sekolah, dia cakap Airis takde kat kelas. Rupanya duk bermain dengan kawan kat playground dlm sekolah. Haihh bikin cuak je budak ni tau.
 
Maka dengan tragedi itu berakhirlah hari persekolahan pertama bagi Airis Batrisya. Ayra pulak aku pegi jemput jam 5 petang, tunggu kat tangga je dia turun dengan teacher Fazie dia. Sempat tanye teacher macam mana keadaan Ayra, teacher cakap Ayra okey takde nangis, dia banyak bercakap. Hahaha. Dalam kereta aku tanye dia ape yang dia cakap, dia kata mana ada adik cakap apa pun. Hihihi. Tanya best tak sekolah baru, dia cakap besttttt. Okeylah tu. Adik happy mama lagi happy tau.
 
Alhamdulillah.
 
Alhamdulillah.
 
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment