Harini dah masuk minggu ke-2 persekolahan. Alhamdulillah everything went quite well, aku hantar dan ambik Airis pagi dan petang, sementara tengahari (gap antara sek kebangsaan dan KAFA) MrR yang akan uruskan Airis. Ayra pulak mrR hantar dan ambik setiap hari.Tengahari waktu agak padat sebab kakak keluar pukul 1.10 ptg dan masuk semula untuk kelas KAFA pukul 2 ptg. Dia nak balik rumah dulu untuk makan dan tukar mane yang patut, yelah dah separuh hari kat sekolah rasa tak selesa kot.
 
 Alhamdulillah jugak mak dia masih diberi kekuatan untuk sediakan bekal makanan setiap pagi. Kalau ikutkan Airis takde bekal pun takpe sebab dia seronok dapat beli makanan kat kantin tu. Cuma aku je jenis paranoid semacam, takut tumpah la, takut tak sempat makan la. Padahal budak tu tiap hari beli makanan kantin walaupun dah ade bekal. Tak sempat nak menabung pun haha. Ade je yang nak dibelinya. Sampainya cornflakes pun dia beli, walhal benda tu ade je kat umah tak makan sangat pun. Grrrr. Tengah syok pegang duit la katakan, semua benda dia nak explore. 
 
Ayra pulak takde masalah bab makan sebab tadika memang dah sediakan makanan 3x sehari, cuma aku tak pasti tentang menu harian, kadang tanya dia cakap makan biskut, roti, nasi lauk kari, pedas la katanya. Ayra memang tak makan pedas langsung, mungkin kuah sedikit pedas so dia rasa pedas dah la tu. Tengok minggu ni macam mana kalau dia cakap kuah pedas lagi terpaksa la aku tanya pada teacher tg menu makanan dorang. Risau jugak anak aku kurang makan nanti. Kalau tadika Airis dulu memang teacher dah lekatkan menu makanan untuk dua minggu, so dorang akan rotate every 2 weeks menu tu. Kita dpt tengok la apa anak kita makan. Mungkin kena usulkan mcm tu kat teacher Ayra, dorang kan tadika baru maybe belum terpikir kot pasal tu.
Minggu pertama di sekolah Airis dan Ayra adalah minggu orentasi. Both of them belum mulakan kelas. Tapi aku syak Ayra dah mula belajar Qiraati sikit2 sebab balik Jumaat aritu dia keluarkan buku2 dia, rajin mek tu study tiap malam, 1st page yang A BA tu dah boleh baca la kiranya. Alhamdulillah, moga Ayra terus bersemangat untuk belajar. Airis pulak lebih kepada assessment sepanjang minggu. Cikgu dah cakap parents tak perlu risau dorang bukan nak buat ujian untuk tentukan kelas ke ape, just untuk tau tahap penguasaan murid je. Aku pun tak risau sgt, biar je dia buat apa yg dia mampu. Cuma ada paper yang dia tak sempat habiskan sebab tak cukup masa katanya. Itu jela masalah Airis ni, lambat sikit menulis. Huhu.  Speed up kakak!!
Sambung nanti..
Daa