Pages

Thursday, October 19, 2017

Selamat Ulangtahun Airis Batrisya

 
 
18 Oktober 2017 - genap usia Airis 6 tahun. Anak sulung, anak yang dinanti2kan oleh semua semua ahli keluarga aku, maklumlah cucu sulung kan..kelahiran dia disambut oleh semua ahli keluarga, saudara mara yang berhimpun di ruang menunggu hospital, ramai..termasuk family arwah maklong kesayanganku.
 
Jiran2 pun turut meraikan kelahiran Airis, rajin datang menjenguk hampir setiap hari ade je tetamu yg datang. Airis kan kuat nangis ms baby, pantang dia nangis jiran mak akan datang tengok takut kenapa2..sampai begitu sayangnya depa kt Airis anak bertuah mama papa ni. Sampai sekarang pun kalau dia balik kampung dia akan pegi melawat rumah jiran2, hampir semua kenal dia yang peramah dan banyak celoteh tu. Semua sayang dia.  

Dua tahun berturut2 kami meraikan ulangtahun kelahiran dia kat kampung. Meriah dengan cara yang sederhana. Tahun ke3 kami raikan kt rumah je. Tahun ke 4 dan seterusnya pun sama..cuma since dia bersekolah dah pandai nak celebrate kat sekolah, so buat 2 kali, kecil2an kat rumah dan agak besaran kt skolah sekali kawan2.

Tahun ni, dia request nak buat kt luar. Nak sambut kt restoran nasi arab!!Haha. Budak sekecil ni dah pandai request okey. Siap pesan jangan lupa kek, sederhana pun takpa. Sebab aku dah cakap awal2, kek besar mama order untuk celebrate kat school. Since ramai yang datang minggu ni so ada rezeki Airis sambut besday dengan ahli keluarga yg ramai, adik aku ada, mak mertua aku ada, adik2 ipar n biras pun ada n anak saudara mrR pn ada. Happy la dia, bukan kepalang. Senyum sampai telinga bila hajat dia dimakbulkan.

Mama happy bila tengok kakak happy. Sungguh, kakak adalah anugerah terindah buat mama, mama sayang kakak sepenuh hati mama. Mama doakan kakak terus membesar dengan sihat, jadi ummah yang taat, anak solehah, kakak yg baik kepada adik2, kawan yg baik, dan segalanya terbaik dalam apa jua perkara.
 
Mama loves u
 
xoxo


No comments:

Post a Comment