Tabung AA

Friday, July 7, 2017

Raya cara kami

 
Salam 13 Syawal..dekat 2 minggu dah kita menyambut Aidilfitri kan..pantasnya masa berlalu.

Saje nak kongsi raya kami tahun ni, sederhana je tapi alhamdulillah tetap meriah. Tahun ni beraya kat rumah mertua, semua adik beradik mrR berkumpul kecuali adik bongsu dia yg kena bertugas demi keamanan negara gitew. Memang meriah la rumah Mil dengan anak2 kecik besar tua muda. Ayra yang paling kecik sebab Danish tak balik, semua org suka sakat dia. Dia pulak mood baik je kalini semua org dia nak kawan. Paling dia suka si Syafiq sepupu dia tu, asyik berkepit je dengan abang syafiq dia, tak padan dengan kecik, syafiq tu dah darjah 5 kot! haha.

Our small family
 

Dalam rumah gelap so lighting gambar terlajak pulak..muahaha
 

Sepupu kesayangan Airis - kakak Aisyah
 
 Hari raya first tu kami beraya kt sekitar kampung Mil, macam2 juadah la disediakan. Kat Baling ni biasa dorg sediakan lemang dengan rendang, so tiap rumah pegi mst ade lemang n rendang. Mil aku sendiri buat lemang, ketupat palas, rendang ayam n rendang daging. Aku terlupa beli ketupat nasi nona tu kalau tak boleh rebus makan dengan rendang, sebab aku takleh makan pulut sangat badan tak tahan angin. Pegi beraya rumah org aku bedal segala apa yang dijamu makanya malam tu aku berulang ke tandas wuwuwu. Padan muka!

Hari kedua, lepas zohor kami bertolak balik ke Alor Setar beraya umah family aku pulak. Baju raya kami tahun ni simple2 je, kain cotton je. Last year pn cotton tapi buat design merepek2 untuk anak2 sudahnya dorang taknak pakai sangat, tahun ni buat design simple i.e mini kurung n kebaya (ready made)

Airis happy je sepanjang perjalanan

Ayra macam biasa - crancky :(

Mr Pilot ku

Dapat jugak gambar berempat...walaupun Ayra macam2 peel.

Mak kesayangan, Maksu n Ayra

Makngah Eda bersama anak2 buah kesayangan..gini kot gaya kalau aku beranak 4..berderet anak2 haha..Hasif n Hadeem ni anak2 adik aku, actually Hasif tu saudara susuan Ayra, dorg lahir beza 48 hari je..walaupun dorang jarang jumpa tapi mg rapat, kuat gaduh pn ye jugak masing2 nak menang, perangai sama sebijik dua orang ni. Hihi.

Raya ketiga ulang pakai baju raya pertama..besederhana la katakan..time ni nak photoshoot satu family, almaklumlah ahli keluarga dah bertambah lagi 2 orang hihi. Pose pengantin lama cenggini la..haha

Raya ke 6 bawak Mil beraya umah sedara kat Penang, lajak ke Penang Design Village pastu naik Jambatan kedua PP ke pulau, pekena pasembor dulu kat padang kota pastu baru balik rumah

Bersama adik ipar n mil kesayangan

Kasi can la pengantin lama nk berposing ala2 gambar kawen ahakss

Raya ke 8 beraya di IKEA, hahaha..sempoi 

Ayra yg cheeky..makan kurang asyik nak main je..

Anak mama sorang ni kaki melaram, handbeg nak yang macam princess Aaisyah..takmo yang katun2 dah..alahaii