Always be my princess
 Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, tanggal 29 April 2017 usia adik menjengah 3 tahun. Ayra Batrisya binti Mohd Rizal, atau lebih selesa dipanggil 'adik' membesar dengan sihat dan sempurna, inshaAllah. 
Takda apa yang mama dan papa harapkan selain adik membesar dengan baik, sihat selalu, jadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Walaupun adik sangat manja buat masa ni, tapi mama yakin adik akan pandai berdikari saat adik makin membesar nanti. 
Maafkan mama dan papa sebab tahun ni mama papa tak sediakan apa2 hadiah mahupun kek harijadi adik. Paklong belikan nutella cheese tart sebagai ganti, puncanya mama yang terlupa nak tempah edible image didi n friends yang adik mintak. Masa dah suntuk, mama tak dapat order kek dan paklong volunteer nak carikan kek. Adik nampaknya kurang berpuas hati sebab kek besday adik tak serupa kek, so adik request kek coklat dari mama, inshaAllah weekend nanti mama buatkan kek coklat untuk adik, kita letak coklat ganache n edible image frozen ye sayang. 
Adik, sesungguhnya mama papa sangat menyayangi dan menyenangi kamu. Adik sangat comel di mata kami, sangat pandai mengambil hati, walaupun kekadang adik mudah merajuk tapi adik senang dipujuk. Adik mendengar kata dan jarang memberontak. Ada ketika adik mengamuk bila tak dapat apa yang diinginkan tapi mama papa mengerti itu kerana adik masih kecik. Mama suka dengar adik berkata2, ada saja yang menghiburkan hati. Mama papa harap adik akan bawak sifat dan sikap yang baik sampai ke besar, yang tak molek tu tinggal2kanlah.
Adik selalu bergaduh dengan kakak. Nampaknya adik sangat cemburukan kakakmu Airis. Apa saja yang kakak ada pasti adik nak dapatkan, kadang2 kakak mengalah dengan adik. Mama kesiankan kakak selalu jadi mangsa, terpaksa mengalah dengan adik. Kalau kakak tak mengalah adik akan gigit tangan kakak, kadang sampai berbekas gigi adik, alahaii bila lah kamu berdua nak berbaik. Tapi mama yakin jauh di sudut hati adik dan kakak saling menyayangi dan memerlukan antara satu sama lain. buktinya bila salah sorang dari kamu takde mula lah kamu mencari-cari. Atau bila mama marah salah sorang dari kamu, kamu akan saling memujuk dan meminta maaf dari mama. Mama berdoa agar hubungan kalian akan kekal akrab selamanya.
Mama perasan adik sangat sukakan baby, inshaAllah kalau diberikan keizinan adik akan jadi kakak suatu hari nanti, tapi adik akan kekal menjadi baby mama selama-lamanya. Hehe.