Syukur ke hadrat Ilahi, puas aku mikir apa hadiah terbaik untuk birthday girl Airis semalam, at last aku terfikirkan something yang boleh menjamin masa depan dia, punya la lama duk fikir nak buka akaun SSPN ni untuk dia. Asyik tertangguh je, borang dah lama ambik dan isi tapi tak sempat nak menapak.
Harini entah macam mana boleh ter-google cara nak daftar online, tup2 ada. Outdated betul la aku ni kan. Senang je nak daftar / buka akaun SSPN-i Plus ni sebenarnya. Pegi je link ni then terus daftar, pembayaran online je, internet banking kan ado..nk guna credit card pun boleh. Tak sampai sepuluh minit terus wujud akaun untuk anak-anak aku berdua tu. Alhamdulillah

 Kenapa aku pilih SSPN-i plus ni??
 
1. First and foremost mestilah patuh syariah, yang penting takde unsur riba dan kita sebagai orang Islam sangat menitik beratkan unsur-unsur syariah dalam sebarang aktiviti kan. 
2. Then aku tertarik sebab boleh pelepasan cukai. Korang nk simpan/menabung kt bank komersial, ASB, Tabung Haji pun boleh tapi takleh buat rebat cukai ye. Aku ni walaupun bayar income tax tak banyak mana tapi sebolehnya nak jugak rebat, atleast menyumbang ke aras masa depan anak aku. Contoh korang bayar RM1000 sebulan untuk PCB, setahun dah RM12,000 kan?giler ah, baik carum dalam sspn-i plus, atleast masuk dalam tabung anak-anak, dividen pun dapat, perlindungan takaful pn ada. Penecualian sehingga RM12,000 ye untuk sspn-i plus ni.
3. Komitmen rendah. SSPN-i Plus ni ade macam-macam pakej, yang paling rendah RM30 je sebulan. Nak lagi banyak manfaat perlindungan for sure la kena ambik pakej yang lagi mahal, tapi bagi aku RM50 sebulan dan memadai, itu je yang aku mampu kot. Berpada-pada la ye.
4. Ada manfaat bagi kematian / keilatah kekal akibat kemalangan atau kematian biasa. Kita ni taktau bila nak dijemput Ilahi, so kalau ditakdirkan aku pergi dulu atleast budak-budak ni ade something untuk bantu dorang sara pendidikan kendian hari. Pastu ade lagi khairat kematian untuk pasangan dan 3 orang anak. Kalau ditakdirkan jugak kena di antara 36 jenis penyakit kritikal pun takaful akan bayar manfaat kpd pendeposit.
5. Ada cabutan bertuah setiap suku tahun, tu yg best. Mana tau rezeki boleh dapat Honda Jazz sebijik. Haha.
 
Nak tau lebih lanjut korang boleh klik link ni, nak terus daftar pun boleh ikut je instruction sap sap dah siap!! Selamat menabung kawan-kawan!!