Tabung AA

Tuesday, October 25, 2016

Happy Birthday To Me

 
 

Alhamdulillah, bertambah lagi setahun usia. Terasa diriku begitu bermakna, ahaksss!

As usual my lovely husband akan jadi orang pertama wish my birthday early in the morning (walaupun dah ade yang wish thru fb/whatsapp seawal jam 12 malam!). Anak2 pun dah pandai nak nyanyikan lagu happy beday toyu kat mama, thanks kids! Mak call, siblings wish, friends wish kt WA/FB sampai naik malu lak dibuatnya. Masa ni baru ko sedar betapa ramainya kawan yg ko ade, penuh wall, penuh inbox dengan wish dorang. Aku doakan semoga Allah swt makbulkan doa2 korang dan korang akan dapat balasan sama seperti apa yang korang doakan untuk aku. Afterall semua orang nak yang baik2 kan dalam hidup ni. Amin.

Actually bila usia makin bertambah ni aku dah tak gemar nak celebrate2 sangat, bagi aku celebration ni best masa kita kecik2 dulu. Berdebar bila dekat nak birthday sebab nak tunggu macam mana dorang surprisekan ko dan ape hadiah best yg ko akan dapat. Tapi sekarang ni aku dah tak harap benda- tu semua. Hadiah pun dah lama tak nampak bayang, celebration jauh sekali. Ahahaha.

Apa yang penting, tiap kali ulangtahun kelahiran aku akan terkenangkan Mak aku, macam mana kesakitan yang dia lalui semasa bersalinkan aku, macam mana dia membesarkan aku yang paling banyak masalah among kami 5 beradik. Bayangkan sejak baby sampai 2 tahun aku kerap warded sebab athma, Mak aku la yang paling banyak berkorban temankan aku kt hospital. Ayah aku sambil keja kena jaga abang aku lagi. Aku ni memang jenis kuat nangis masa kecik dulu, tak boleh salah sikit aku akan nangis. Mesti stress Mak Ayah aku dulu kan. Seriously tiap kali 25 Oktober aku akan emotional, aku sedih, aku teringin sangat nak peluk Mak Ayah aku sekarang ni, tapi apakan daya kami terlalu jauh. 

Mak, Ayah..terima kasih atas segala-galanya. Adik doakan Mak Ayah akan diberikan ganjaran yang teragung di sisi Allah swt di dunia dan akhirat kelak.
 

No comments:

Post a Comment