Tabung AA

Thursday, September 1, 2016

Sukan

 
Khamis sudah..tik tok tik tok kakak ipar aku dah lepas duedate dia semalam (Merdeka Day) tapi tak jugak dengar any news from my brother. Haih orang lain nak bersalin orang lain yang eksaited lelebih, ape cer. Tahun ni Mak aku akan dapat dua orang cucu baru, sorang anak abang, sorang anak adik aku, InshaAllah. So far Mak Ayah aku ade 4 orang cucu, dua lelaki dua perempuan (anak2 aku la tu). Sekarang nak tambah lagi sepasang, seronok la dorang..walaupun kekadang kesian jugak sebab cucu-cucu jauh, bermanja jelah dengan anak/cucu jiran tetangga. Nasib baik adik aku sorang tu stay dekat, dapat la jugak jumpa atleast sekali dalam seminggu.
 
Melalut pasal cucu, nak citer pasal sukan sebenarnya ni. Ada satu insiden yang buatkan aku terpikir nak citer pasal sukan. Citernye bermula gini, mesin jahit cikai yang aku beli kat Lazada tu tetiba rosak, maka bermula lah misi pencarian mesin jahit baru, yang lebih berkualiti. Tup2 bagai mengantok disorongkan bantal aku tertengok goshop, ada promo mesin jahit brothers, sesuai sgtlah dengan aku yang entry level ni, pastu pulak harga agak affordable siap boleh buat 0% installment, maka aku pun calling calling la si goshop tu waktu siaran berlangsung. Biasa aku beli online ja, tapi kali ni memandangkan nak buat credit card installment kena call dorang dulu, macam-macam la soalan dia tanya, pastu siap pesan kat aku yang soalan tu aku kena ingat jawapan, sebab lepas ni kalau call dorang lagi next time dorang akan tanya soalan yang sama n aku mesti jawab dengan jawapan yang sama. Ada 3 soalan yang dia tanya, warna kegemaran, sekolah kebangsaan n sukan kegemaran. Soalan sukan kegemaran tu aku ambik masa nak pikir, last-last aku cakap kat dia "boleh bagi soalan lain tak?sebab saya tak suka bersukan" hahahaha kelakar la. Dia terus cakap "Oh takpa puan, kalau begitu saya akan letak TIADA ye untuk soalan sukan kegemaran puan". Hahaha ai is malu. Nak beli barang je pun, bukan nak intebiu mintak keje tanya macam-macam..haih.

Lepas tu aku mula duk pikir, ape sebenarnya sukan kegemaran aku. Memang aku ni jenis kaki bangku, segala jenis bola memang aku takleh main, aku takut bola. Ade ke jenis fobia yang takutkan bola datang ke arah kita?Eh aku tak boleh. Fobia sangat rasa bila bola tu datang, bukan aku sambut bola tapi aku lari. Ada sekali time kursus asas kena la aktif main sukan di waktu petang, ade ke dorang suh main bola sepak, ala-ala futsal la kot tapi kat atas padang bola. Memang aku lari jela kejenya, bukan kejar bola tapi lari bila dikejar bola. Huhu nangis kenangkan balik. Aku tak suka!!!! Tapi kalau tengok orang main bola aku no hal, siap ada team favret lagi..zaman muda dulu la..sekarang ni takde favret2 dah, tengok pun dah jarang, buat jantung aku letih mengepam darah je, dup dap dup dap tengok. 

Zaman sekolah menengah wajib masuk kelab sukan kan?Haa aku masuk kelab badminton uolls. Gigih pegi daftar, masuk kelas pertama je pastu terus lesap dari pandangan coach. Pasaipa? Pasai aku tak larat nak tibai shuttle cock tu kuat-kuat macam coach suruh. Lengan aku halussss je masa tu, bayangkanlah dengan ketinggian 157cm berat aku tak cecah 40kg, kurus melidi kot. Pegang raket pun tak larat la nak kata orang, dahla jenis lembik pulak tu. Haha makanya behentilah aku dari kelab badminton tu. Aku masuk Chess Club pulak..yelah ingatkan syok sebab takyah pakai tenaga, pakai otak je kan. Rupenye tak boleh jalan jugak, otak lembap tecer reject, asyik salah step je, baru satu dua langkah dah kene checkmate. Terus quit. Mujurlah ada satu kelab yang aku suka diwujudkan masa tu. Nak tau kelab apa?Hahah nama dia Kelab Sukan Permainan Rakyat. Sure korang gelak dengar nama dia kan??Hahahha aku mulanya malu nk join, tapi dah itu je jiwa aku, main congkak, dam ulau, sesuai sangat. Itulah kelab sukan aku sampai hujung SPM. 
 
Sekarang ni aku risau sangat kalau-kalau anak-anak aku ikut jejak aku. Kalau boleh biarlah dorang ikut papa dorang, rajin bersukan n rajin bersenam. Aku dah rasa kesan dia sekarang, aku bukan je takboleh bersukan, aku jugak tak larat bersenam, jogging sikit pun mengah, pegi join kevin zahri bersenam satu hari je tapi kesan dia sakit otot berminggu-minggu terus aku pasrah. Memang orang cakap beauty is pain tapi the struggle is real, mak tak tahan oii. Huhu.


No comments:

Post a Comment