** entry bergambar **

Sabtu lepas kitorang sempat ke pesta Floria kt Presint 4, dah bertahun-tahun penganjuran Floria ni sejak mula lagi aku mesti pegi, kecuali 2 tahun lepas tak pegi sebab time tu aku cuti bersalin duduk di kampung..dulu masa mula2 masuk pree aje, masa tu tapak kat Presint 2. First time aku pegi masa mengandungkan Airis which is 5 tahun lepas. Sekarang ni dah berpindah ke tapak tetap di Presint 4, dah mula berbayar. Entrance fee untuk tahun ni RM7.50 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tapi mrR dapat 5 tiket free, so kitorg masuk tak bayar la..hihi. Itu yang buat rajin nak pegi, kalau kena bayar maybe fikir 2-3 kali kot..ahakss

Mulanya mrR ajak pegi time malam, hari Selasa sebelum tu dengan harapan tak ramai orang. Sekali keluar rumah hujan rintik-rintik, sampai kt Presint 4 makin lebat makanya cancel plan pegi Alamanda je malam tu. Tapi masa keluar rumah Airis adela terkena tempias hujan sikit, esoknye terus demam mek tu..huhu. Terpaksa la tunggu dia betul-betul sihat baru bawak ke Floria, kan dah janji awal nak pegi so kena la bawak jugak, selagi tak bawak selagi tu radio karat dia berbunyi. hihi. Sabtu seawal jam 8.45 kitorg dah tunggu depan gate, takyah beratur beli tiket sebab print tiket elektronik so jadi orang terawal yang beratur, haha semangat kan. Bukan apa awal pagi cenggitu tak ramai sangat orang, tak panas sangat. Budak2 ni siap pakaikan topi tapi baru masuk 10 minit topi dah tanggal..sigh. 

Lengang je time ni, baru pukul 9
Camera-friendly ini budak..say cheese
Adik susah senyum, tak camera-friendly
Cantik wall art ni..ada banyak lagi sepanjang jalan tu tapi aku tak snap semua
Adik masih setia dengan topinya
Airis si bunga

Haa camtu la dik, baru nampak muka
Posing patah pinggang bak kata papa
Adik susah nau nak beri kerjasama
my loves
Budak dengan vending machine tak dapat dipisahkan
Puas hati dapat air milo
Ai dia pun nak jugak..ehemm
Snail kat belakang tu
Dua beradik
Ape ntah org panggil ni..sculpture ke?hurmm
Kreatif oii..terung pn jadi hiasan
Cantik gilerrrrr
Model tin milo
Kakak dah ketandusan idea nak berposing
Tayang perut memasing ye nak
My Cheeky Airis
Dia pun nak jugak..gantikan patung tu
Dalam khemah ni sejuk, aku suka..orkid garden ke ape ntah..lawa
Sudut recycle Primary school - memang kreatif la budak-budak ni. Tahniah teachers n students yg terlibat, ai is kagum
Ayra oh ayra..photo-bomb
My little munchkin
Semua yang bergantungan tu hasil barang terbuang tau
Semua menarik, semua Airis mintak snapkan gambar, layannn
Rapunzel
bekas telur pun boleh jadi
Magical kingdom
Lego ke ape ni..serius comel
Ni pun comel..memang kreatif betul budak-budak ni
Subhanallah cantik giler, aku suka tgk poster ni, bdk UIAM yg buat, dpt gold medal
Poster kategori secondary school rasanya, dapat silver medal
Matahari dah mula meninggi moh le balik
Ada jugak terselit gambar tuan tanah kedaung
Selain tempat2 ni ade macam2 lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi, ada gerai makanan, ada pameran kucing, arnab..kitorg masuk jugak ke pameran kucing tu, memang excited la budak2 tu kalau dengan kucing. Pelbagai baka ada, yg besar, yg kecik semua ada. Pastu boleh jugak tunggang kuda padi, anak2 aku kemain nak naik kuda tapi apaknya tak bagi..haha kesian.

Next year kalau ada lagi penganjuran Floria ni korang try la pegi, aku kalau dapat tiket pree lagi inshaAllah akan pegi..heheh.

xoxo