Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik. Itu rezeki.
Dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah. Itu rezeki.
Diberikan peluang kerja yang baik lagi halal. Itu rezeki.
Diberi kesempatan merasai nikmat dunia dari segi harta benda, alam semesta. Itu rezeki.
Dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Itu rezeki.
Dipelihara hubungan kekeluargaan yang harmonis, Itu juga rezeki.
Sesungguhnya rezeki itu bukanlah dalam bentuk WANG semata..kan?
 
Bercakap soal rezeki, Alhamdulillah kerajaan sudi menghulurkan bantuan untuk persiapan Aidilfitri untuk tahun ni, walaupun rm500 nampak macam sikit dalam keadaan ekonomi sekarang ni tapi its better than never right? dapatla tampung sedikit sebanyak untuk perjalanan balik kampung nanti..hikss

Semalam jugak tanpa disangka ada kiriman surat untuk aku, masa mrR bagi collection note dr pos malaysia tu aku dah cuak, sebab pernah dulu pegi ambik rupa-rupanya surat saman. Mujur kalini bukan..hehe rupanya Astro bagi voucher Giant rm100..yeayy bolehla beli bahan-bahan buat kek, biskut raya nanti. Tahun ni beli biskut semperit je, itu pun sebab tak pandai tekan bunga tu, last year buat jadi biskut rerama..haha.
 
Bercakap pasal biskut raya, aku ade citer nak story. Aritu adela aku daftar untuk jadi ejen biskut raya, kononnya nak buat side income la untuk raya ni, duk target dalam order 100 balang pn dah memadai. Aku siap daftar, bayar sekian harga then pegi collect sample. Sebelum nak jual kat orang of course la aku kena rasa dulu kan, aku taknak jual benda yang aku sendiri pun taknak makan. Nak dijadikan cerita, biskut2 tu hampir 90% tak menepati selera aku, ade yang terlalu kecik, ade yang dah lemau, ade jugak yang tasteless, so aku surrender, langsung tak jual walaupun ada satu dua jenis yang sedap. Burn je agent fee aku. Takpela anggap takde rezeki, daripada aku dapat cemuhan orang kemudian hari.  

Aku ni memang tak pandai berniaga, hangat-hangat tahi ayam la biasanya, awal2 je semangat, pastu kejap je dingin balik. Dulu penah jugak jual baranh party favors untuk budak-budak, alhamdulillah bisnes rancak, sentiasa dapat sambutan tapi bila dihitung tambah tolak darab bahagi keuntungan entah ke mana, sebab aku tak pandai letak harga tinggi, ambik untung sikit je dahtu aku cepat kesian bila orang mintak diskaun semua aku bagi, so memang jual untuk tolong orang jela sebenarnya, bukan tolong diri sendiri pun..haha. So bab bisnes memang aku failed. Sebenarnya ada jugak keinginan nk jadi ejen/dropship barang-barang kosmetik yang tengah in sekarang macam geng ELLFIE, Seqy, etc tu..tapi aku ni pemalu orangnya, nk promot pun tak pandai..so takyahla. Bagi chance kat orang lain, aku beli jela pandai. Huhu.

So macam yang ditekankan dari awal, rezeki tu bukan hanya dari segi wang ringgit, tapi banyak lagi cara lain Allah nk beri rezeki kat kita. Macam aku sendiri, aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan walaupun gaji tak besar, duit tak banyak, takde harta berjuta2 tapi atleast aku ada family, aku ada anak-anak, aku ada kawan2 yang baik. Mungkin itu lah yang terbaik untuk aku. So apa yang perlu kita buat adalah usaha, doa dan tawakkal kepadaNya..yakinlah bahawa rezeki tu semua datang daripada Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jom kita amalkan doa murah rezeki, mudah-mudahan pintu rezeki kita sentiasa diluas dan dilapangkan olehNya. amin