Pages

Sunday, June 5, 2016

Resepi :: Kari Kepala Ikan Utara versi Cikda

Arini taktau nak masak apa, aku tanya mrR nak makan apa dia pulak tanya aku nk masak apa. Aku suruh dia beli apa dia nak makan, dan aku tau all time favourite dia adalah kari kepala ikan cooked by me, ahahaha poyo sangat.

Kari Kepala Ikan Cikda

 Aku ni bukanlah kategori pompuan yang pandai masak, sampai sekarang nak memasak mesti kena belek resepi dulu, tu pun kadang jadi kadang ke laut. Sabar jelah mrR makan apa aku masak kan. Dia pun tahap redho dapat bini tak pandai masak. Kari ni aku memang suka makan, tapi nak buat memang tak reti langsung, aku rasa macam renyah je nak masak kari tapi bila duk sini nak dapat kari yang rasanya sama macam mak buat memang payah so nak taknak aku kena belajar masak sendiri, ikut cara Mak aku. First time masak kari ni lawak gila, disebabkan nak try aku guna setengah peket serbuk kari ja. Memang kelaut rasanya, nak makan pun tak lalu weh. Mujur ada separuh lagi serbuk kari tu so aku buat balik, bolehla makan jugak. Masa tu aku masak kari ikan bawal, mrR awal2 duk cakap kari bawal ni takyah pekat2 sangat nanti tak sedap, nahh ambik memang cair betoi la..haha pasrah. Makan jelah bang. Alhamdulillah sekarang dah pandai masak kari a.k.a gulai bak kata oghang kedah. So ni adalah resepi yang diperturunkan oleh Mak aku, lain orang lain cara so don't expect to be the same like yours. Kanna

RESEPI STEP BY STEP 
 Okey first siapkan bahan-bahan seperti di atas :
1. Bawang merah
2. Garlic
3. Halia
4. Rempah campur
5. Santan RM1 - aku guna separuh dari tu
6. Daun Kari 
7. Bendi 
8. Tomato - sebijik dah cukup
9. Air asam jawa - optional asam gelugor
10. Kepala ikan secukupnya - not in the picture tapi hero kita tu, kalau takde tak jadi kari kepala ikan haha. Untuk resepi ni biasanya aku beli seketul kepala ikan merah yg saiz sederhana besar, belah 4
Isi minyak dalam kuali..kenapa kuali??haa nanti kita story
Mula-mula blend bawang merah, bawang putih n halia, pastu tapis asingkan air bawang tu
Air bawang tadi campurkan dengan serbuk kari, utk dijadikan paste, pastu tambah secamca bahan kisar tadi untuk pekatkan balik
Minyak tadi dah panas, masukkan rempah campur, daun kari, kacau sikit sampai naik bau baru masukkan bahan kisar selebihnya..bawang ni lagi banyak lagi pekat kari kita..tapi jgn melebih2 pulak kang bau bangla..hihi
kena selalu pantau bahan tumisan ni, jaga jangan sampai hangit hehe
Bile bahan tumisan dah wangi masukkan paste serbuk kari tadi..kacau sampai pecah minyak. Pastikan api perlahan je ye
Cenggini rupe rempah yang dah pecah minyak. Here's the trick aku gunakan kuali instead of periuk sebab mudah nak kacau, n kuali IKEA ni tak melekat, sebab tu aku suka guna kuali ni

Pastu masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan santan. Tambah air ikut kepekatan yg disukai.

Agak2 santan dah masak boleh masukkan kepala ikan, biarkan ianya masak sampai mengelegak. Sory takde gambar satu persatu sebab semuanya berlaku dengan pantas, haha
Bila dah mendidih sekali, masukkan bendi. Bendi ni ikut jenis jugak, kalau yang jenis keras tu kena masak lama sikit
Kari dah menggelegak, kira bendi dah lembut boleh masukkan tomato
Biar kejap je pastu boleh tutup api..siap!!
Alih ke bekas yg presentable, aku prefer mangkuk vision ni senang nk panaskan semula nanti.

No comments:

Post a Comment