Pages

Thursday, June 30, 2016

Beraya di mana tahun ni?

 
Salam 25 Ramadan..tik tok tik tok kejap je lagi Ramadan akan berlalu pergi, macam mana dengan KPI Ramadan korang tahun ni, tercapai ke tidak? Aku sendiri tak letakkan KPI tinggi2 untuk Ramadan kalini, itu pun 50% je kot tercapai..huhuhu
Persiapan beraya masih belum 100% complete, ade je yang missing..kejap2 teringat itu tak beli ini tak beli lagi, aduhh parah selagi tak raya selagi tula duk ingat macam2..nanti balik cari kot area alor setar la pulak ape2 yang takde tu, walaupun ku tahu alor setar akan seumpama keyyel bila nk raya ni, jem nya bisa mengugat kesabaranku..Haih.
Tahun ni kalau ikutkan plan asal nak beraya kt kg mrR dulu, which is Baling then baru balik Alor Setar.Actually aku tak kisah sangat beraya kat mana dulu pun since kitorg both dari Kedah, walaupun kampung jauh2 still boleh je ulang alik which usually takes 2 hours one way. *lappeluh* Cuma kalau ulang alik selang 2 hari gitu aku rasa sangat merugikan masa, tenaga dan jugak wang. So tahun ni kalau boleh nak kurangkan masa di atas jalan raya, nk enjoy kt rumah puas2. Kitorang siap buat jadual!! Untuk mengelakkan kerugian masa tenaga dan wang kitorg decide untuk beraya di Alor Setar dulu tahun ni, petang raya baru balik Baling sampailah ke sabtu pagi bertolak balik Putrajaya semula. Kitorg start cuti sabtu 2/7 sampai 10/7, ade 8 hari so bahagi satu rumah 4 hari..adil kan?? hehe.

Cuma yang tak berapa best raya kejap sangat kt Alor Setar nanti, tak dapatla berkunjung ke rumah saudara mara. Tapi takpelah nanti2 boleh balik lagi..rayakan sebulan, tak gitu? haha. Macamla rajin sangat nak balik lagi nanti. Tunggu raya haji pulak la.

No comments:

Post a Comment