Pages

Monday, June 27, 2016

Bajet Persiapan Aidilfitri 1437H

 
Arini dah 22 Ramadan, 8 hari je lagi kita akan meninggalkan Ramadan, dan menyambut Aidilfitri pulak. Persiapan tahun ni ala kadar je, tak banyak membeli sangat compare yg lepas2. Bajet semakin tight, huhu. 

Attire :
Tema tahun ni mustard gold, actually plan awal nak tempah baju melayu guna kain yang MrR dapat event ape ntah, lupe pulak. Pastu aku pun saje la match dengan kain songket printed yang beli kt Gulatis haritu, 4 meter RM150 kot, giler mahal..tapi seriously kain tu sedap pakai, tak keras macam batik songket sarawak tu. Pastu gigih p jakel pulak cari kain cotton kaler gold utk top, konon nak match berdondon dengan baju melayu si bapak. Alih2 tak jadi tempah baju melayu, p beli baju melayu ready made kt jakel pulak. Sebabnye nak antar tempah tailor ambik upah RM120, baju ready made kt jakel tu RM160 kot, pastu MrR pulak jenis cerewet penah antar satu tailor tak sedap pakai punya la dia mengungkit tak sudah, malas dgr dah. Haha. Kain tu aku antar ke tailor sebulan sebelum puasa, haha gigih kan. Buat baju kurung moden je pun, utk anak2 ade design sikit itu pun upah RM160 utk kami 3 anak beranak. Design bdk2 tu aku yang lakar, dengan harapan menjadi la, bile dah siap nak nangis rasa, tak macam aku nak. Huaaaaaa help me!! Dahla upah mahal, tak menjadi pulak, memang kena getah la. Total kat situ je dah dekat RM700. Tu baru sorang sepasang oii. Next year tobat aku takmau beli kain tempah dah, beli ready made je senang..huhu

Sepasang mana cukup kan, utk aku of course la ade yang lain lagi, aku beli kain yg siap sulam tu dari member ofis RM80, upah jahit RM45 je sbb aku antar kt tailor kampung lebih murah, sedap jahit pun iye. Kos RM125 je utk baju tu. murah kan. Pastu ade lagi baju yg untuk majlis raya ofis, yg tu pun dalam RM100. Ade lagi, aku beli kain batik dubai crepe kat Noor Arfa, RM200, upah jahit RM45 so RM245. lagi sepasang aku beli cotton span batik RM120 je siap jahit, tapi yang tu aku dah buat pakai pegi ofis hehe so tak jadi baju raya la kan..lalala. Total kat situ je dah RM590. Phiew *lappeluh* belum masuk tudung lagi, kasut memang aku tak beli dah, pesen tak suka beli kasut. Casual pun aku tak beli, pakai mane ade je.

Untuk anak2 pulak aku belikan jubah sorg sepasang, gigih cari kat bangi gateway awal2 puasa, so takyah nak beramai2 bersesak sangat. Dapatlah jubah dari Fathiyah Dreams, RM70 sepasang, sekali tudung RM100. Mujur jugak makteh dorang nk belikan baju batwing kaler match dgn baju sulam aku, so takyahla beli lagi dah, cukupla 3 pasang sorang, budak2 bukannya nak pakai baju tradisional ni lama2, kejap je dah nk salin tu. Untuk casual pulak biasanya aku beli awal2, taknak tunggu last minute, walaupun kadang2 rugi jugak sebab time nak raya dorang buat sale baju yang aku beli dah less 50%. Pasrah. Dulu aku suka beli Next.Uk tu, order direct tapi kalini aku beli local je, Poney, Ladybird gitu je. untuk basahan aku beli kat Padini je, murah dan selesa utk dorang pakai bermain nanti. Aku kira-kira untuk Airis Ayra ni bajet lebih kurang RM600 jugak. Pakaian budak2 mahal oii. Hurmm.

MrR ni jenis cerewet dalam pemilihan baju, kata nak beli kurta, dua tiga kali ke bangi takde satu pun yang berkenan di hati, Dah berkenan kurta Elrah tu takde pulak saiz, haha makanya takdela baju lain selain baju melayu dia tu. Yang casual pun dia tak beli sangat, nak pakai mane yang ade je katanya. Okeyla dah tua2 takyah nak baju baru sangat la eh. Haha. Kate jimat kannnnn.

Seperti kelaziman, untuk Mak Ayah pun aku belikan jugak sorang sepasang, dorang nak kaler mint green. Untuk Mak aku order jubah Meylana, konsep pre-order katanya nak pos out arini so hopefully sempatla sampai minggu ni, mesti kena alter labuh sebab mak aku petite je orangnye. Untuk Ayah pulak merata aku carikan jubah mint green. tengok kt Elrah memang ade tapi tak sesuai la untuk Ayah, design orang muda sangat. Akhirnya dapat jugak jubah mint green yang sangat sesuai utk usia Ayah, aku beli kat Jualan Raya PICC, tak kuasa nak meredah orang ramai kt PWTC nun, huhu. Untuk dorang aku spend about RM400. Untuk MIL tak belikan apa2 tahun ni. MrR pun macam tak kisah je untuk Mak dia, lagipun sebelum2 ni beli tapi macam tak berkenan di hati mil, yelah aku ni sape mane la tau taste macam mana kan. Kalau anak sendiri kot lain la, dari kecik membesar bersama. Huhu. 

Biskut / Kek / Kerepek :
Haa bab ni aku rasa aku jimat banyak sangat. Since aku ade baucer tunai Giant RM100 aku pegi la beli bahan2 nak buat biskut ni kat Giant, itu pun dah masuk barang dapur lain total RM100.25 je, so aku tambah 25sen je. Aku dapat buat Cornflakes Madu, Biskut Jejari Oats, Red Pearl Cookies & Simpul Kasih within that budget. Simpul kasih tu kebetulan serunding banyak kawan ayah aku selalu bagi so takde keluar modal untuk serunding, beli kulit popia je. Lainnya aku order Rempeyek 2 balang RM30, kek Benjiroll 2 ketul RM60. Semua yang di atas ni aku agihkan utk dua rumah i.e rumah mak aku n rumah ibu mertuaku. Hehe. Total damage kat sini tak sampai RM100. Clap.

Duit Raya:
Aku dah kira2 bajet untuk duit raya, since ekonomoney ni so takleh kasi lebih2. Yang penting ikhlas kan. So budak2 jangan duk hegeh nak bukak sampul depan acik pastu jeling pulak, acik ambik balik kang. haha. Bajet untuk duit raya tahun ni RM800 je. Redho.

Kereta/Minyak/Tol:
Wahhh kereta awal2 lagi dah raya. Tukar tayar 2 bijik dan bateri baru. Nanti nak servis lagi. Kira-kira balik total semua termasuk petrol, tol fares lebih RM1k. Makan kuat la kau ni, Huh. 

Misc:
Balik kampung nanti, kena jugak spend untuk belanja rumah mak dan mil, takkan nak balik tunggu org serve makan minum je kan. Lagi lama ko kat kampung lagi banyak la duit ko kena spend. Aku jenis tak boleh kalau biarla mak yang beli itu ini, kalau boleh biar aku yg belikan. Segala keperluan tisu, cordial, juadah ketupat lemang rendang kari daging bagai aku akan keluarkan modal. Sama jugak dengan umah mil, tapi biasanya by the time kami balik semua dah ada, just topup sikit2 je. Tahun ni dapat beras 2 kampit, so bolehla bawak balik utk mak dan mil sorang sekampit, hehe. Untuk misc ni biasanya aku bajet dalam RM1k.

Gitulah sesekali nak beraya, bukan sikit punya duit nak guna. Bekerjalah kau sekuatnya untuk kumpul dana sebelum menjelang 1 Syawal. Sebulan gaji oii untuk raya je. Kalaulah dapat bonus sebulan kan best. Macam SUK Selangor dapat 1.5bulan, wahhh raya sakan oii. Kadang rasa macam banyak sangat pembaziran, nak save tapi tak dapat. Aku duk pikir, ni baru aku yang kategori sederhana, kalau golongan yang lebih susah macam mana lah ye. Zaman sekarang ni semua pun mahal, huhu.

No comments:

Post a Comment