Chicken Pox - Day 2

Day 1: 11/6/2016 - Sabtu
Tumbuh bintik2 berair kt muka, tgn dan badan..disebabkan tak banyak so tak expect dia kena chicken pox..bila petang dia mula demam terus terdetik "chicken pox ke benda ni?". Maklumlah first time, masa Airis kena dulu dia kat kampung, mak yg jagakan start dari kena sampai sembuh so memang tak tau langsung mcm mana rupa. Aku sendiri pun kena ms kecik dulu, mana la nak ingat. -_-

Day 2: 12/6/2016 - Ahad
Pagi bangun check badan Ayra, bintik dah mula banyak, paling ketara kt muka di sekitar mulut, mata..bintik tu ade air,rs geram macam nk picit tapi aku takdelah gila nak picit. Cuma risau si Ayra ni p garu sampai pecah pulak. Aku pesan kt dia kalau gatal jangan garu, gosok dengan tapak tangan, ajar dia macam mana nak buat mujur dia dah boleh paham. Tapi dh nama pun budak, ada jugak few times dia p garu then pecah blister tu. Adoi scary tgk. Pagi tu bawak dia ke klinik, dapatla ubat tahan gatal, ubat demam, calamine lotion n vitamin. Balik terus bg dia makan ubat, sapu lotion. Pesan jugak kat Airis jangan makan sisa makanan adik dalam ertikata lain jangan share, takleh peluk2 adik, takleh main sangat dgn adik takut terjangkit. Dia punya takut jangkit sampai lari2 dari adik, yang adik nk main so mula la meragam budak kecik tu. Mintak papa dia carikan daun semambu dan air kelapa, nk bagi bintik tu keluar cpt2. Petang mandikan dia dengan air rendaman daun semambu tu untuk kurangkan gatal. Ade satu masalah dia taknak minum air kelapa tu. Huhu. Time siang okey je nampak dia, xdela tergaru2 sangat, tapi bila malam azabnye dia gatal,sakit, pedih semua ada. Worst part kat bahagian private part pun ada bintik tu. Asyik menangis je sepanjang malam. Aku memang tak lena tido dibuatnya.

Day3: 13/6/2016 - Isnin
Hari yang paling mencabar, bintik2 ade yang dh pecah, so agak menyakitkan. Kepala, muka dan badan dah penuh bintik2, cuma tangan dan kaki je belum meriah. Belum keluar abis la tu. So try petua mak aku,mandikan dengan air kangkung pulak untuk bagi dia keluar. Ayra asyik menangis, tambah lagi bila nak kencing dia duk jerit sakit. Bila dia menangis aku pun menangis sama, mama dia ni hati tisu. Tak kuat semangat nak lagi bila anak sakit, rasa down sangat. Huhu. Sepanjang hari nak mengempeng je, susu taknak, nasi pun taknak. Sape tak susah hati tengok anak mcm tu, tido kejap2 nangis sakit, main pun taknak, aku senyum pun dah taknak senyum balik. Bercakap pun kurang, seriously aku rasa sedih sangat tgk keadaan dia macam tu. Bila aku nangis dia akan tenung je muka aku, pastu tanya nape mama nangis. ;'( 

Petang papa dia balik dengan kakak, ceria pulak dia, boleh main2 dengan kakak so rasa lega la sikit, aku ingat dah tak sakit sangat kot. Rupanya bila malam nak tido dia mula meragam balik, sakit sakit je dia cakap. Badan panas balik, demam tak betul2 kebah lagi. Tido pun setiap 10-20 minit mesti terjaga. Aku takleh tido duk gosok2 badan dia, takut dia duk garu2 kang berparut lak. Tapi tak dapat kawal jugak pun sebenarnya, aku gosok sini dia garu sana, yelah semua tempat pun rasa merenyam. Kesian dia tak dapat tido nyenyak. Mama dia pun dah rupe mak lampir berjaga malam punya pasal, kepala terus weng2 jalan pun rasa nak pitam. haha. 

Day 4: 14/6/2016 - Selasa
Bintik dah mula hinggap di kaki, kata orang bila dh sampai tapak kaki kira dah abis keluar, tunggu kering dan berkuping jela. Aku harap macam tu la jugak, harap dalam minggu ni dh boleh tanggal kuping next week boleh pegi taska semula. Selagi tak tanggal semua kuping takleh la hantar,takut terjangkit kat kawan2 lain. Kesian oi bdk2 kena chic pox ni. huhu. Sesetengah bintik dah mula mengering, dah jadi kehitaman tapi ade lagi yg masih berair, nak2 lagi kt private part tu, maybe sebab terlindung dan sentiasa lembap so bintik tu macam degil takmo kering..kesian ayra asyik nangis tiap kali nk buang air kecik. seksa tengok dia tahan sakit. cepatlah sembuh dik, mama tak tahan tgk kamu sengsara gitu. Tiap kali berdoa pas solat aku akan menitik airmata, dia yg tunggu sebelah akan datang peluk dan cium aku seakan mengerti perasaan gundah mak dia ni..huhu. U are big girl now sayang.

Day 5 : 15/6/2016 - Rabu
Alhamdulillah malam Ayra semakin ok, malam pun dapat tido dengan nyenyak, takde lagi kejap2 terjaga nk garu, dan dia dah mula pakai baju. Lega aku rasa memandangkan keesokan harinya aku dah start bekerja, kena tinggalkan dia dengan papa pulak. Awal2 aku dah bagitau dia, esok adik duduk dengan papa, mama kena pegi work. Dia balas "adik taknak duduk papa dengan, adik nak duduk mama dengan" haha see, dia lebih prefer mak dia berbanding papa, haha tapi ayat terbalik kuang dia tu lagi lucu, dah berapa kali tegur and ajar pun dia still cakap terbalik. Aku harap sooner or later dia akan cakap betul la.

Day 6: 16/6/2016 - Khamis
Sayu hati bila nak tinggalkan dia masa nk datang ofis tadi, yelah dah 5 hari duk berkepit je dengan aku, for sure dia akan bangun dan cari aku dulu. Everytime dia terjaga dia akan panggil mama, kalau aku tak menyahut mula la dia nk nangis, kadang tu aku dalam toilet, dia punya panggil dan ketuk pintu macam nak roboh, pastu bila aku keluar toilet dia boleh cakap " oo mama dalam toilet rupanya" *sigh*. Sejak sakit ni dia makin manja dengan aku, hasrat untuk stop breastfeeding terbantut. Rasa tak sampai hati pulak, dah aku kat rumah hampir 24jam mengempeng je kejenye. Time dia meragam pun ubat dia yang tu jugak, selak je terus diam. huhu. Takpelah, demimu anak.

Berwasap dengan papa dia tadi, katanya Ayra okey je, bangun tido ade la mencari kejap, pastu dah okey. Dah tak sakit kot, so lega la aku rasa. Hope cepatlah bintik tu mengering dan kuping tu luruh. Nanti aku sambung part 2..hehe

Daa