Rajin sikit arini, nak cerita bab Uni pulak
 
Alkisahnya adik bongsu aku lepasan SPM 2015, aliran Science Stream tapi dah taknak sambung Science since result utk subject Science dia cukup makan je..subject asas semua dapat A, slack tang Bio n Kimia kot kalau tak salah aku dapat D..haha..so dia tak apply Matrikulasi, cuma berharap kat UPU..apply Diploma kt UiTM n Politeknik, dengan harapan dapatla..tup2 result keluar mendukacitakan..tambah lagi time tu Mak aku terlantar kt hospital, bertambah sedihla dia..budak tu memang berharap betul dpt buat Diploma kt Uitm, nk ikut jejak langkah kakak-kakak dia katanya..maklumlah semua Kakak dia produk UiTM..haha bukan ape, UiTM ni sangat best bagi aku, yuran semestinya murah, masa zaman aku siap makan free, asrama free..mana nk dapat kan..cuma sekarang ni dah lain la kot, dah 10 tahun berlalu..tapi UiTM tetap di hatiku..lalalala
 
 Actually aku yang tolong dia isikan UPU, so bila tak berjaya tu aku ada rasa sikit terkesan, aku yang pandai2 pilih course, pulak tu ade mention tak berjaya sebab bidang tak bersesuaian dengan aliran..nahhaii dah budak tu taknak sains takkan nk paksa jugak apply Diploma in Science??aku dulu pun Science Stream, boleh je dapat course lain (pilihan ke-7 ke 8 entah...masa tu 8 pilihan je) walaupun taktau ape kebenda aku nk hadapi..tapi Alhamdulillah aku berjaya jugak grad with flying colors *ceewah*..aku rasa adik aku pun otak lebih kurang aku je, kami bukanla kategori genius, sederhana je..aku ni lagi la, pemalas nk mampuih bila bab membaca, kalau subjek sejarah tu boleh lena dalam kelas..tu psal sejarah aku tak dapat A..haha tapi bab Math, English aku cukup suka..memang minat gila la kiranya..walaupun aku tak berapa fluent speaking tp penulisan aku okey, boleh dapat A1 tu kira okeyla kan..masa nk apply UPU tu ramai yg suggest aku ambik TESL tapi aku takmau sebab aku tak minat jadi cikgu..haha tapi aku try jugak mintak Law walau ku sedari aku bukanla ulat buku yg banyak membaca, unless novel cinta..hahaha 

Berbalik kat kisah adik aku ni, bila aku survey2 tanya kawan2 rupanya ramai jugak yg dapat 5-6A tak dapat UPU, alahai kesiannya..rupanya ramai budak2 pandai sekarang ni..setakat otak sederhana macam adik aku susah nak dapat masuk UPU..maka bertabahlah dia kt Form 6, aliran Sains jugak..kesian betul la aku tgk dia..yelah dah tak minat tapi kena jugak belajar lagi..sebab apa?sebab dah tersalah pilih aliran masa Form 4 dulu..sebab apa pilih Sains masa Form 4? sebab result PMR yang melayakkan masuk kelas Sains..semua tu bukan atas pilihan sendiri tapi dah ditentukan oleh pihak sekolah..contoh dapat 6A ke atas masuk Sains, 4A masuk Accounting, etc..last2 jadi cam adik aku ni..alahai kesiannya korang dik..macam mana la 10 tahun akan datang, mesti makin mencabar kan..

Huhu