Saje nak berceloteh, teringat dugaan yang terjadi di tahun 2015..actually yang paling besar pastilah aku keguguran di awal kehamilan..pasal tu mg aku redha dgn ketentuan Ilahi..yang nk dijadikan cerita ni isu scammer, yang menyamar muslimah berniqab, tipu pasal baju raya kami sekeluarga dulu tu..sekitar awal Ramadhan jugak la..sampai hati dia kan, di bulan yang mulia gitu boleh buat keje terkutuk tapi yelah nama pun penyangak cyber, makan duit haram je kejenye so ape ade hal bulan ramadhan ke syawal..kann
 
Ok back to story, berbulan jugak la lepas kejadian ditipu tu aku rasa bengang je dgn minah tu, aku create group utk semua mangsa, kononnya nk ambik tindakan undang2 kt penyangak tu, tapi kesudahannya takde ape pn yg terjadi, ade jugakla dua tiga org mangsa yang buat report tapi takde hasil jugak, polis sndri mengaku tak boleh buat apa..okey fine kita biar je mahkamah akhirat yang menghukum..
 
Beberapa bulan tu jugak aku rasa sangat tak tenang, asyik teringat je kes kena tipu, memangla RM200 tu tak banyak sangat nak dibandingkan org yg kena sampai rm6k, tapi tetap duit kot..lepas aku ditipu jugak la aku keguguran..mg sudah jatuh ditimpa tangga la bak kata org..tapi itulah bila difikirkan balik, semua tu dugaan untuk aku..Allah masih sayangkan aku, Dia nak aku dekat dengan Dia, Dia nak aku sentiasa meminta2 dari Dia..aku yang khilaf, terlalu emosi kononnya takkan maafkan penyangak tu dunia akhirat..sampai satu masa aku tersedar, aku tak boleh mcm tu..selagi aku tak halalkan duit tu aku rasa hidup tak tenteram pulak..so aku redha kan..anggap itu rezeki dia..anggap dia sangat terdesak dan memerlukan duit tu demi kelangsungan hidup..akak halalkan dik, tapi bawaklah bertaubat, jgn dibuat lagi macam tu..
 
Lepas pada tu aku sedekahkan baju2 anak2 aku kepada sapa yang memerlukan, sebelum ni aku suka menjual baju preloved anak2 dan hasilnya aku buat beli baju yg baru..tapi entah kenapa aku rasa ms tu aku rasa nk sedekah je, so ramai la yang terima pemberian kudusku dan berdoa agar kami sekeluarga dimurahkan rezeki..padahal bukanlah besar mane nilai baju2 preloved tu, cume aku rasa nak berkongsi rezeki dgn org yg memerlukan..takde niat nk riak mahupun takabbur bak kata org..tak besar mane pn kan..tapi alhamdulillah, berkat doa org ramai agaknya, aku dapat rezeki yang agak besar dalam pembangunan kerjaya, iaitu dinaikkan pangkat..aku bersyukur, dalam masa yg masa menginsafi diri, betapa besarkan erti sebuah keredhaan..
Aku terfikir, kalaulah masa tu aku masih lagi terbawak2 dgn emosi psl kes penipuan aku tak tau la ape lagi dugaan yang akan aku tempuhi..aku maki hamun, sumpah seranah, aku kutuk org tu..banyak betul dosa yg aku kumpul masa tu..nauzubillah..
Aku bukanlah nak berlagak baik dengan up post gini, just untuk share betapa besarnya erti sebuah Redha..tapi bukanlah bermaksud kita kena biar je org tipu kita, tapi atleast kita sentiasa berwaspada, beringat sebelum terkena, tapi kalau dah ditakdirkan kita terkena jugak maka redhakanlah seikhlas hati, anggap takde rezeki kita..gitu
Oklah till then, daa