Salam..

Next year 2016 inshaaALLAH Airis akan mula bersekolah di Little Caliph Presint 11..pilihan ni atas kehendak dia sendiri..dia nak sekolah yg pakai tudung sentiasa,boleh mengaji n belajar solat..bagi aku n mrR kami hanya mahukan yg terbaik untuk dia, mana yg dia prefer kami akan turutkan selagi termampu..

Pada awalnya memang aku nk sambung bersekolah kt Tadika Generasi tu, dia dah kenal cikgu, dh ade kawan, tgk dia pn happy je tapi entahla kenapa dia nak sangat sekolah baru..dh berjuta kali aku tanya kenapa nk sekolah baru, dia asyik jugak cakap dia nk belajar Iqra (mengaji)..bila aku tanye "kan sekolah sekarang pn belajar iqra?' dia cakap "memangla..tapi kakak nak sekolah baru"...hurmm maka bermula la misi pencarian sekolah baru utk si cilik Airis ni..

Alhamdulillah walaupun masa dah suntuk Tadika ni masih terima pelajar baru, kalau ikutkan perbualan awal melalui telefon pihak pengurusan cuma provide seat untuk 10 org student per group, which means kelas Airis nanti ade 10 org student je..tapi masa aku pegi ke tadika untuk dapatkan maklumat struktur yuran, Cikgu yang incharge cakap maybe dorg akan ambik up to 15, sbb skg dh ada 10 students..bagi aku 15 students still okey tak terlalu packed..berbanding sekolah skg ade 25 student per class..

Struktur yuran pn tak banyak beza dgn Generasi..yuran pendahuluan/tahunan RM1635 untuk pelajar 5 tahun yg baru macam Airis where as kt Generasi RM1680+-..cume kalau smbung kt sane maybe dpt exempted utk uniform n pakaian sukan about RM60-70..dari segi monthly fee pulak Little Caliph agak mahal, RM450 while kt Generasi RM410..beza RM40 dah di situ...tapi demimu anak mak relakan jua...ahakss

Satu hal yg buatkan aku terpikat dgn modul pembelajaran Little Caliph ni dorg menekankan 3 aspek utama iaitu Islamic-English-Creative..ciri2 tu yg buat aku berkenan sgt, tambah lagi aku dgr budak 4 tahun dah boleh mebaca atleast 2 suku kata..Airis skg mg blm boleh membaca, hopefully by next year dia dh boleh membaca..KPI tahun 2016 tu ye nak..hehe

Okey, kepada sesape yg berminat untuk hantar anak ke Little Caliph Presint 11 ni nah aku tempek struktur yuran untuk korg tgk..aku paham sebagai ibu bapa kita mahukan yg terbaik utk anak2 tapi kena tgk kocek sndri jgk...sebelum decide dgn LC ni aku survey mcm2 jugak,kebanyakan tadika yg kita tanya taknak reveal struktur yuran, suruh pegi sendiri ke tadika which aku rasa agak menyusahkan..why not ko bgtau je berapa yuran pendaftaran/tahunan n bulanan siap2 then parents boleh decide earlier samada nk pegi tgk ke tak..kalau within budget bolehla melawat tadika..kalau out of budget boleh hunting yg lain pulak..kan *bagi aku la*