Finally, dapat jugak mendaftarkan Airis ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2015. Setelah pelbagai dugaan dan rintangan diharungi * ecehh* ..ahahaha
 
Kitorg decide untuk antar Airis ke tadika Generasi Inspirasi kt kompleks kejiranan Presint 9, dekat jgk dgn klinik p9 tu..Sebelum ni kitorg ade survey ke beberapa tadika, tapi memilih tadika generasi ni atas beberapa factor :
 
1. Tempat yang kondusif - lokasi dan kedudukan tadika ni di tempat yg proper, purposely made utk taska/tadika, bukan jenis rumah yang dijadikan taska/tadika..
2. Kemudahan/Peralatan - classroom nmpak kemas dan teratur, ade 6 class untuk 3 level, 4,5 dan 6 tahun..kitorg pegi sane 3 kali termasuk utk byr yuran, keadaan sentiasa bersih dan teratur
3. Pengasingan Kelas - untuk setiap level umur ade 2 kelas yang berbeza; untuk student yg tak pernah ke taska n 1 lg utk student yg penah ke taska...this is advantage untuk Airis sebab dia tak penah ke taska b4 and hopefully cikgu dpt bagi more attention to that kind of students
4. Teachers yang mesra dan peramah - taska/tadika memang perlukan teachers yang warm n friendly, bukan aje students suka, ibu bapa pn rs tenang n senang nk berurusan later on
 
Memang masa mula2 cari tadika ni kitorg jumpe tadika Generasi dulu, dah pegi survey tempat, tanyekan program yuran etc then ambik keputusan untuk cari yang lain dlu before buat keputusan..nak anta anak ke tadika pn kemain lagi buat keputusan bagai..yelah anak nk ke sekolah oii, tempat dia nak abiskan 9 jam dalam sehari, tempat dia nk menimba pengalaman dan ilmu baru, haruslah pilih dgn teliti..lg 1 perlu jugak tgk poket makayah ni ha..kalau mahal sgt pn tak mampu pulak rsnya..sobs
 
Kitorg ade jugak pegi tadika lain, such as Al-Baghdadi Playcentre (Ayer8) dan Laman Cerdik P11, tapi kedua2nya ada pros n cons masing2, dari segi kemudahan & fasiliti, program pengajian, yuran, dan sebagainya..Generasi ni pn yuran boleh tahan jugakla, untuk 1st daftar ni pn dah RM1637..bulanan RM390..yelah area Putrajaya ni mane nak dapat yuran murah2..tadika kemas n permata tu ade tapi tak layak pulak..takpela takde rezeki kt situ, harapnya Airis akan dapat belajar dgn baik kt sini nanti..