Pages

Monday, November 24, 2014

WW :: Wanita dan Wang

Bukan wordless Wednesday..nk ckp psl wanita dan wang..eceh tajuk..maklumlah esok kn pay-day so nk sembang sikit bab duit..
 
Aku taknak ckp psl org lain, just nk bertinta berdasarkan pendapat dan pengalaman sendiri je..sebagai wanita yg bekerja, punya pendapatan sendiri, tentunya suka berbelanja menggunakan duit sendiri, hobi aku adalah membeli, yess sejak azali aku mg suka membeli, dulu kecik2 mgla terhad sebab kena mintak mak ayah belikan, tapi aku ni jenis tak suka meminta, kalau ade something aku nak aku pendamkan aje, atau berusaha simpan duit beli sendiri..tapi mak ayah aku selalu ckp aku ni jenis berjimat, yelah aku beli brg yg betul2 perlu je..*masa tu*
 
Sekarang, aku lagi suka membeli, baik offline mahupun online..tiap bulan mst ada sajaa yg aku idamkan..contoh bulan ni, belum lg dpt gaji aku dah ada target apa yg nak dibelanjakan..1. charms untuk bracelet; 2. SSC...dan 3. grill microwave haha hover tak?
 
Sebab tu before gaji aku akan listkan ape yang perlu aku bayar, segala bil2 atau hutang2 perlu dilunaskan terlebih dahulu before berbelanja..maklumlah harta2ku hanyalah pinjaman semata..kereta,rumah etc semuanya hutang..dah ade balance tu barula aku dpt plan ape yg akan aku beli..
 
Walaupun aku ada duit sendiri, aku jugak ada suami, maka aku akan bgtau dlu apa yg aku nk beli..biasanya dia okey je sebab aku beli guna duit sndri kn..melainkan barang tu betul2 takde faedah maka dia akan tak setuju..pastu aku akan fikirkan balik la samada nk teruskan atau tak..tapi biasanya yg aku nak dia akan setuju je, kalau dia yg kena bayar maybe dia tak setuju kn..ahakss
 
Biasanya barangan wajib yg aku akan beli adalah baju bajan anak2, tiap hujung bulan ada ada jualan kt opis, maka marilah kita menambahkan koleksi pakaian anak2..aku jarang beli baju utk diri sendiri, lebih suka belikan untuk org tersayang..hehe seronok tgk muka dorg happy dpt baju baru..terutamanya kakak Airis la..baju frozen rm5 pn dia dh happy sgt..bahagia tau tgk muka dia happy
 
Ade jugak yg ckp, dah ade suami kenapa belanjakan duit sendiri, sepatutnya suami yg perlu sediakan segala keperluan termasuk makan pakai isteri dan anak2..bagi aku entahla..sebab aku suka membeli kot?so tak kisahlah duit sapa kn..
 
Aku sering jugak berdepan dgn situasi di mana si isteri belikan sesuati secara sorok2 atau kirimkan duit kepada keluarga tanpa pengetahuan suami sebab takut suami marah..eh hello, duit tu kn duit awak, ape hak si suami nk menyibuk pulak..asalkan bukan ke jalan yang mungkar rasanya tak salah kan..gaji/pendapatan hasil titik peluh isteri tu kan hak mutlak si isteri..
 
Aku bukanla pandai sangat kalau bercakap bab agama ni, tapi bab harta dah hak wanita ni kita sebagai wanita wajib tau.."misalnya, wanita boleh berusaha untuk mengumpul harta tanpa berharap kepada pusaka semata-mata. Wanita juga boleh memperbanyakkan harta mereka dengan mengusahakannya atau mengupah orang lain mengusahakannya.  Termasuklah ajaran Islam bahawa pendapatan dan harta wanita adalah hak mutlak mereka dan tiada siapa yang boleh memaksa mereka melakukan apa-apa terhadap harta tersebut sekiranya mereka tidak mahu.  Malah, Islam juga mengajar bahawa suami tidak boleh menggunakan wang isteri tanpa izin dan sekiranya suami meminjam wang isteri, dia wajib membayarnya" sumber ikim.gov.my
 
Dah itu je nk coret, kang melalut makin panjang jadinya..hehe
 
Thanks sudi baca :)
 

No comments:

Post a Comment