Pages

Tuesday, May 28, 2019

Cari Aku Di Syurga

 
Salam 23 Ramadhan 

Lagi 7 hari Ramadhan akan meninggalkan kita, semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun mendatang, InsyaAllah.

Sekarang ni demam drama CADS, aku tak pernah layan kt tv pun..kadang tertengok highlight kt IG Janna Nick. Tengok gitu2 jela, pastu orang duk heboh pasal watak janna dalam drama tu yg sangat antagonis. So aku pun cari la kat tonton.my, tengok episod dia bersalin pastu taknak tgk muka anak dia tu je. Memang terkesan weh, sapa yang tak paham memang akan maki hamun si Lisa yang sangat kejam sampai takmau pegang & susukan anak sendiri.

TAPI

Sebenarnya percaya atau tidak perkara ni memang biasa terjadi di kalangan ibu2 yg lepas bersalin. Bahasa perubatannya Postpartum Depression atau dalam bahasa pasar kita panggil meroyan. Meroyan ni kita tak expect akan terjadi pada diri kita. Biasa meroyan dikaitkan dengan kemurungan, paling serius adalah bila mana sorang ibu sanggup bunuh anak sendiri. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan. Cuma aku nak highlight kat sini actually ada banyak lagi simpton kemurungan yang kita kena aware. Antaranya :
 
- Brain Fog

Orang lepas bersalin selalu kata ' banyak urat putus' sebab tu dia jadi pelupa. Tapi sebenarnya ini adalah salah satu simpton kemurungan sebab kemurungan boleh beri kesan pada memori seseorang. So kalau kita (Ibu-ibu) jadi cepat lupa better kita cari solution. Jangan biar diri terus hanyut.

- Cepat marah & baran

Perasan tak, kadang kita terlalu cepat emosi, cepat rasa marah atau baran dengan perkara kecil?Tengah makan tetiba anak bagi tumpah air terus melenting. Padahal boleh ja ambik kain lap tapi terus memarah macam anak buat kesalahan besar. Haa itu pun salah satu tanda kemurungan tau. Sebab kemurungan buatkan kita memendam rasa, bila sampai satu masa kemarahan tu tak dapat dikawal.

- Berfikiran negatif

Ini pun salah satu tanda kemurungan. Suka fikir negatif, bukan pada orang lain tapi tentang diri sendiri dan keluarga. Contohnya kita berpantang sorang diri dengan anak, suami lambat balik kita dah fikir yang dia sengaja balik lambat sebab takmau jaga anak, atau lebih parah bila anak duk nangis tak henti kita rasa macam nak tekup mulut dia dgn bantal. Kalau sampai teruk, kena mintak bantuan pakar atau sokongan moral ahli keluarga. Jangan biarkan diri kita asyik fikir bukan2.

- Rasa kosong

Kosong kat sini bermaksud hati kita tak rasa apa2. Tak rasa emosi atau empati. Tengok drama sedih pun tak rasa sedih. Dapat berita gembira pun tak rasa gembira. Kita dah tak teruja dengan benda2 yang selama ni buat kita bahagia. Orang kata hati dah mati. Itu pun tanda kemurungan sebenarnya. Huhu

- Insomnia

Sukar tidur malam pun sebenarnya satu bentuk kemurungan tau. Sebenarnya mental kita sangat penat dan perlukan bantuan.


Aku pun sebenarnya baru terbaca pasal benda2 ni, dan aku dapati aku ada simptom2 seperti di atas, tapi bukan semua la. Yang paling worse aku penah rasa menyesal bersalin. Badan aku sakit, anu sakit kena jahit banyak, anak taknak menyusu pastu bengkak susu sampai gigil, anak warded terpaksa berulang alik hospital dengan keadaan badan yang masih sakit2, suami takda di sisi, berpantang sorang diri, anak tak cukup susu orang suh topup formula - aku rasa ini lah antara sebab aku rasa kemurungan. Aku jenis tak reti meluah rasa, so aku pendam ja. paling tidak aku nangis time mandi. 

Aku penah jugak rasa fikiran negatif tu, aku tak tahan baby nangis sampai rasa nak tekup muka dia dengan bantal. Aku jugak penah rasa macam nak larikan diri, tinggalkan semua dan cari ketenangan sorang diri. Mujur aku tak ikutkan rasa hati tu. 

Bila orang cakap sokongan moral penting bagi ibu lepas bersalin aku sangat setuju. Aku rasa paling penting jaga emosi ibu, jaga keperluan ibu, jangan biar dia stress, sentiasa ada peneman di sisi ibu, tolong jagakan baby jangan biar dia menangis lama. Pastu jangan ada mulut2 makcik bawang kritik itu tak kena ini tak kena, haihh semakk.

Berbalik kat cik Lisa. Aku dapat tangkap apa yg pengarah cuba sampaikan dalam drama ni. Yes perangai Lisa tu sendiri dah tak semenggah tak hormat suami tak hormat mertua yada yada tapi di sebalik hilang rasa hormat tu adalah disebabkan tekanan hidup. Orang xpenah hidup susah, bila kena itu ini mana nak tahan. Aku sendiri masa awal kahwin rasa tertekan jugak haha. Itu yang membawak sampai dia bersalin terus jadi meroyan. 

Ok itu drama so let it be. Mana yang baik ambik pengajaran, yang tak baik jadikan iktibar.

Cerita pasal drama punya la panjang berjela haha

Daa

Thursday, May 9, 2019

Aathif & Chicken Pox - Lagi??

 
 Sambung kisah chicken pox Aathif. Lepas dah 2 minggu ingatkan dah boleh antar kat bs. Lega sb tgk semua dh kering elok. Kecuali kt tapak kaki ada seketul blister yang sangat besar, luar dari kebiasaan. So mama bawak ke KK, nak dapatkan advise Doc. Doc cakap mungkin jangkitan kuman, so kena dressing sikit. toreh buang blister tu. Meraung2 Aathif masa MA tengah dressing tu. Mama pun tak sanggup tengok. Keluar banyak air bisa & nanah kot sikit. Darah pun ada huhu
 
before dipecahkan
balik dari klinik
Balik rumah tu kemain dia melasak. Sampai tercabut pembalut tu. Doc pun tak bagi kain kasa ke whatever so xdapat nak balut. Esoknya badan dia naik blister lagi meriah kau..aduhaii Aathif, terpaksa la mama papa sambung cuti sdn bhd lagi. Kali ni bawak ke klinik panel papa pulak, doc bagi antiviral sebab tgk banyak sangat sampai ke dalam mulut. Memang hebat dugaan buat kamu anak, kesian mama tgk. Kali ni Aathif merengek sakan, minggu pertama papa cuti memang asyik nangis je keje dia. Minggu kedua mama pulak cuti, dia dah mula mengering masa ni, dah kurang rengek tapi still takleh berenggang lgsg. Mama nak masuk tandas pun kena bawak dia :D

dah tanggal pembalut
seriau mama tengok
muls naik blister baru
dah mula banyak

muka masyammm

penuh badan

muka pun tak manis dah

euww tengok pun seksa

berhuhu jelah

Lepas 2 minggu blister pun dah mengering. Kebetulan pulak adik aku nak kawen, mula2 rasa macam taknak balik kampung tp kesian mak ayah aku mesti sedih kalau kami tak balik. Gamble jelah balik kampung dgn harapan tak bawak virus jangkitkan kat anak orang lain. Aku ambik homestay asing duk jauh sikit dari rumah mak aku. Masa ni mostly tinggal parut dah cikenpox Aathif tapi still tak bagi mingle dgn org lain. Duk terperap dalam bilik je. Masa hujung2 kenduri baru pakaikan dia baju melayu sebab nak ambik gambar family besar.

Hari kenduri Ateh
Alhamdulillah ni dah sebulan lebih tak dengar jangkit kat sesapa. Mama is lega.

Aathif pun dah semakin baik, parut ada sikit2 lagi kat muka & badan. Hope by Raya dah licin berseri la muka dia hehe.