Pages

Monday, May 21, 2018

Puasa & Pregnancy

Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Tinggal 24 hari jela lagi umat Islam nak menyambut Syawal pulak. Tik tok tik tok aku pn sama la, lagi 24 hari nak meletops, hihi. Nak wat camne dah EDD = 1 syawal. Harapnya dapatla aku berpuasa penuh tahun ni. InsyaAllah.

Harini ada check-up kat KKIA, 36w4d dah makyong lenggang perut. Alhamdulillah urine clear, HB okey ambik last week 12.2 so minggu ni takyah ambik dah, tinggi rahim, heartbeat baby, bp pun semua okey kecuali berat aku yang turun 300g dari minggu lepas :'(. Why la turun, 4 hari puasa ni aku makan macam2 tau tak, risau naik banyak rupanya susut jugak. Huhu. Berat ni memang tau, masa aku duk pulun workout (sebelum pregnant dlu) bukannya dia nak turun sangat, time skg ni bila aku perlu naikkan dia susut pulak. Haihh mujur nurse memahami, cakap sebab puasa ni. Cuma dia pesan kalau rasa tak larat, jangan paksa diri. 
 
Memangla kita yang mengandung ni diberi kelonggaran & tak diwajibkan puasa di bulan Ramadan. Aku ni bukan apa, selagi rasa larat dan terdaya sayang la nak tinggalkan puasa, kalau tinggal pun nanti kena ganti jugak, tu yang paling malas. Next year ada anak kecik tengah menyusu so nak mengganti pun mesti rasa culas je. Better puasa la kot sementara larat kan. Kot seminggu dua lagi kalau rasa tak larat baru la aku nak selang-seli. Dan paling penting pergerakan janin tu kena pantau, kalau dia dah kurang gerak sangat better jangan puasa, boleh memudaratkan baby dalam kandungan tu. nauzubillah.   

Tiap malam aku cakap dgn baby, "esok kita try puasa lagi ye baby" sambil usap2 perut. So far aku yakin baby dalam keadaan yang baik, sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah, amin. Kadang memang rasa tak sabar nak jumpa baby, tak sabar nak bersalin bila dh menjelang 37w ni. Dah matang kan. Tapi tu lah, memikirkan keja kat opis, dengan aku yang tak berapa ready ni jadi cuak jugak kalau tetiba bersalin awal..huhu. Baby tunggu dulu ye sayang, duduk je dalam perut mama dulu, nanti dah keluar takleh masuk balik..huihuihuiiii

daa..