Pages

Tuesday, September 20, 2016

Langkawi 2016 :: Edisi Belanjawan

 
Well ter-rajin sikit nak update psl belanjawan akak yang mur mur itu..lets cekidaut
 
1. Transportation
First thing kena pikir psl bercuti di Langkawi ni is transportation, korang nak pegi by sea or air. Kalau dari KL better naik flight je, tapi memandangkan aku nak landing Alor Setar dulu untuk beraya so aku kena spend both flight tix & ferry. Kalau korang nak stay lama, better drive terus ke langkawi masuk kereta korang, boleh survey harga kat RORO. provided korang stay sana more than 3 days baru berbaloi, so takyah pikir psl kereta sewa whatsoever.

Flight Tix : KUL-AOR & LGK-KUL (by AirAisa) = RM460 termasuk luggage & seat
Memandangkan kitorang naik feri maka kena la sewa kereta untuk meronda kt sana. Takkan nak naik cab pulak kan..agak leceh di situ, melainkan korang pegi rombongan cik kiah, boleh sewa bas. Heheh. Untuk kereta sewa, aku ambik kat kawan aku, dia ade buat bisnes kereta sewa kt Langkawi ni..dia bagi kereta Avanza Auto @ RM150 per day, kitorang stay 3h2m dia charge RM300. Minyak tuang RM50 je pusing satu pulau. 
Kereta Sewa : Avanza (A) RM150/day = RM350 termasuk petrol

Ferry : KK-Lgk (6 adults & 1 kid) + Lgk-KK (4 adults) = RM247 (can buy online at their website)

ERL : Putrajaya-KLIA2-Putrajaya = RM48.60 (buy tickets at kiosk with 10% savings)

So total untuk transportation adalah RM1105.60. Nampak tak, transportation ni memang perlukan kos yang tinggi kalau nak pegi Langkawi, tapi kos aku ni untuk 6 dewasa & 2 kanak-kanak ye, lagi pulak ada 2 jenis pengangkutan masuk kt situ, itu yg banyak, kalau by air je tak mahal sgt sebenarnya.

2. Penginapan
Haa yang ni pun part penting jugak, dah pegi sana takkan nak tido kat jetty kan. So kena cari dan book siap2 hotel/homestay. Since dari awal telah kusedari bajet tak berapa banyak dengan bilangan ahli rombongan so aku cari homestay je. Survey punya survey dapatlah satu homestay ni, harga cukup menarik, kawasan strategik, fasiliti pun bagus, boleh kata lengkap segalanya la. Tapi dengan harga bajet gitu korang janganlah expect bilik sebesar padang bola, just nice untuk satu katil queen dan 1 single bed, toilet yang bersih, lcd tv dengan njoy, iron board with iron, mini fridge, sejadah telekung semua tersedia, siap dengan ruang untuk solat itu yg aku suka. Penah sekali duduk hotel bajet, ruang untuk solat pun takde, terpaksa solat atas katil, ko mampu?haha. Roomstay ni terletak kat mukim ulu melaka, dekat dengan kilang gamat nusantara & warisan salju, dekat jugak dengan makam mahsuri dan warung pak malau yang femes tu. Nak ke kuah dekat, ke Padang Matsirat dekat, ke Pantai Chenang pun tak jauh, just nice je lokasi dia. Sape yang nak contact number roomstay ni boleh roger aku. Kalau taknak roomstay ni boleh jugak ambik homestay dorang, ade dua bilik dalam satu rumah. Tapi aku prefer roomstay 2 unit sebab taknak sesak kat toilet, lagipun bukan nak memasak pun, just untuk rehat dan tido je.
 Gambar kenangan di Ami Roomstay

Ami Roomstay : RM75 per night per room x 2nights x 2rooms = RM300

3. Entrance Fee
Pergi Langkawi ni tak sah kalau tak melawat tempat-tempat menarik kan, takkan nak shopping cekelat dan periuk belanga semata. Disebabkan aku dah berkali-kali pegi langkawi tak pernah masuk Underwater world maka tempat wajib yang aku dah highlight kt MrR adalah underwater world, lagipun bawak budak-budak mesti dorang suka punya lah. Mak-mak aku pun tak penah masuk benda alah tu so lets kita tengok apa yang ada. Lagi satu tempat wajib adalah Wildlife Park, dulunya dikenali sebagai taman burung, tapi dorang dah upgrade sekarang ni bukan setakat burung, haiwan lain pun ada. Berbaloi sangat masuk wildlife park ni sebab kebanyakan haiwan boleh kita pegang, kita boleh feed, so tak bosan asyik tengok dari jauh je. Budak-budak tu memang suka abis la. Kakak yang penakut pun dah berani bagi makan kat parrot, rusa, pegang arnab. Kitorang jugak plan ke Makam Mahsuri, Mak aku tak penah masuk lagi, tapi malangnya by the time kitorang sampai teater mahsuri tu dah abis, tinggal sejam je sebelum tutup so tak jadi masuk. Untuk Makam Mahsuri tu entrance fee adalah RM12 dewasa, kanak-kanak tak ingat berapa maybe RM6 kot. Dulu-dulu aku pegi masuk RM3 je kot..haha.

Harga TIket :

Underwater World : RM33 adult, RM23 kid (3yrs up to 12yrs), RM 26senior citizen (50yrs above) . Total RM169 (Groupon discounted price)
Wildlife Park : RM24 adult, RM16 kid . Total RM145 (Groupon discounted price)
Total = RM314
4. F&B
Kalau ikutkan plan asal banyak tempat makan yg kitorang nak terjah, tapi disebabkan kekangan masa dan ada pulak emergency so tak dapat terjah warung-warung fofular kt Langkawi tu. Makan je kat mana yang rasa okey, sepanjang perjalanan tu. Pagi tu kitorg bertolak feri pukul 8 pagi, bajet sampai kul 10 bolehla singgah restoran terong kat pekan rabu, tup2 feri jalan lambat, pukul 10.30 pagi baru smpai jeti, tunggu kereta sewa pukul 11 baru dapat, perut dah mendidih, dengan letih mabuk laut sampai taktau nak pegi mane dulu. Since roomstay pun check in after 2pm so decide pegi area Chenang je dlu, masuk Underwater. Makan kt gerai sepanjang pantai Chenang tu, nasi campur 6 orang makan, termasuk air RM60, haha standard tempat tumpuan la katakan. Redha. Petang ke warung laksa ikan sekoq tiptop kt jalan airport, makan 4 mangkuk laksa, 3 pinggan charkuetiaw, air total RM41. Malam tu Airis tiba-tiba demam panas, cancel plan nak dinner kt luar, so mrR tapaukan bihun goreng, mee goreng dan bubur mcd je, mak-mak taknak makan malam tu, mintak belikan roti je. Dalam kekalutan jugak pegi farmasi kt Kuah beli ubat bontot, air badak, cool fever, roti, 100plus, ubat-ubatan lain sikit, total kat situ RM50. Keesokan pagi mujur Airis dah sihat, kitorang pegi rumah kawan aku yang kebetulan balik ke Langkawi jugak, dia jemput sarapan kat rumah dia, so tak jadi la nak ke warung nasi dagang pak malau pagi tu. Tengahari kitorg keluar dari Wildlife Park kt jalan ayer hangat then lunch kat area situ je, murah sangat ni nasi campur dia, RM25 je untuk 8 orang makan termasuk air, ko rasa??Malam kitorg berseafood kt Mahsuri Bamboo Restaurant, menu biasa jelah ikan siakap, butter prawn, satong tepung, tomyam campur, telur dadar, kerabu mangga, kailan ikan masin, total RM143. Pun rasa macam murah. Total untuk makan minum campur ubatan sikit tu dalam RM370. Biasalah bawak budak-budak, kejap nak air lah, jajan lah..

5. Shopping!!
Part ni paling best kot, dalam pada takmau beli apa-apa sangat pun aku spend dekat RM300 jugak untuk cekelat, yelah nak buat buah tangan ke opis masing-masing nanti, untuk rumah sendiri tak beli sangat pun, takmo bg budak-budak makan cekelat sangat. Beli jugakla sikit2. Aku beli cekelat biasa je macam Daim, Ferrero, Kinder Bueno, Snickers, Kisses..sekarang ni harga coklat langkawi dah tak murah mana la, sepeket daim pun dah RM14.50, pastu dah takde combo price pulak. Kisses RM15.90, Ferrero 30pcs tu RM26.90, kinder bueno RM21.90, pastu aku grab jugak 2 botol nutella harga rm11.90 sebotol..yang tu je boleh simpan kt rumah, heheh. Lagi budak-budak ni nak belon lah ape lah, aku ambik gambar kenangan kat underwater pun dah RM45 sekeping, nak ambik jugak yg kat wildlife park mak mertua aku tak bagi, membazir katanya. Haha. Baiklah. Total damage kat sini je dah RM330.

So itu jelah percutian ringkas edisi bajet kitorang, hajat di hati nak bawak Mak-mak ke sarawak pulak pasni, kena cari tabung ayam yang lebih besar la nampak gayanya ni. Haha. Aku bersyukur sangat atleast dapat buat mak-mak happy, walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Doakan kitorang dimurahkan rezeki, boleh bawak mak-mak jejalan tempat yang lagi best, lebih selesa in future. InshaAllah, amin.




#rinduMakMak 
#rinduvacayberjemaah 


#kenanganmanisterukir

 
 

Monday, September 19, 2016

Edisi JJCM :: Langkawi 2016

 
Last week balik kampung, semperna Hari Raya Aidiladha. Aku ni spesis tak-balik-tak-sah walaupun cuti raya haji dapat sehari ja. Sanggup ambik cuti rehat cukupkan seminggu cuti tu, mujur jugak Jumaat dapat public Hari Malaysia so ambik 3 hari leave jelah untuk minggu tu. Memandangkan dah plan awal, dapatlah balik naik flight AirAsia tiket promo awal tahun aritu, RM49 je sorang..hehe.
 
Dan dari awal jugak kitorg dah plan nak ke Langkawi, means balik KL-AS, return Lgk-KL. Mudah, sekali harung. Yang penting save budget, itu yang paling penting. Dalam masa duk survey hotel, transport tu tetiba aku terpikir nak ajak Mak dan Mak Mertua aku join, maklumlah dorang tu bukan selalu boleh berjalan-jalan. Tambah-tambah Mak aku, memang dari dulu asyik kat rumah je, ayah aku ke sana sini tak bawak Mak aku sama, kesian tengok. Last time yang aku bawak Mak naik Cameron pun Mak dah happy sangat, siap peluk cakap terima kasih bawak Mak, kalau tak memang tak merasa la Mak naik cameron, sayu hati oiii. So aku berhajat nak bawak Mak, dan for sure kalau aku tanya mrR dia pun nak ajak Mak dia sama, fair and square la kan. Tapi satu hal, kitorg dah bali tiket flight direct dari Langkawi, so kena la ajak adik-adik temankan Mak-Mak ni, takkanlah nk biar dorang balik naik feri berdua. Mak aku dahlah ade slip disc, Mak mertua pulak tak berani nak balik Baling sorang nanti so end up adik ipar aku temankan Mak mertua dan adik aku temankan Mak aku. Maka bertambahlah ahli rombongan kitorg, berlapan semuanya termasuk Airis Ayra. 
 
Since kitorang yang ajak dorang join maka kesemua kos haruslah kitorg yang tanggung beres. Aku dan MrR ni cume makan gaji gomen je, takdelah banyak nau duitnye so tak dapatlah ye nak duduk hotel mewah, berswimming pool bagai. Dengan kebetulan nak raya lagi, semua nak guna duit tu. So aku mula lah buat calculation, berapa nak spend, apa yang kena beli, mana yang pegi sepanjang 3h2m tu, pendek kata aku ni la mastermind nye. MrR tunggu bg duit je, itu pun half-half, hihihi. Takpelah berhabis sikit asalkan mak-mak happy ye tak. Adik-adik pun suka. Setelah dihitung tambah tolak darab bahagi kitorg spend about RM2.4k untuk percutian kali ni. Kalau kire overhead kira murah la dalam rm300 je sorang, termasuk transportation (feri,flight, kereta sewa), penginapan, makan minum dan certain tempat punya entrance fees. Belanja shopping pun kalau ikut plan awal kami nak bagi kt Mak-mak, tapi dorang taknak terima, dorang nak spend duit sendiri untuk shopping katanya. Aku sendiri pun tak shopping apa sangat, beli chocolate je untuk bawak ke opis, dalam tak banyak pun abis kurang-kurang rm300 jugakla untuk chocolates je, Haihh mahal nau sekarang ni, dah tak macam dulu. Periuk belanga aku sempat kerling je, memang taknak beli sebab luggage ambik 20kg je, baju2 pun dah lebih muatan inikan lagi periuk belanga. Heh.
 
Tak banyak tempat yang kitorg dapat cover untuk trip kali ni, cuma dapat masuk Underwater World dan Wildlife Park je, yang lain tak dapat ye, kekangan masa dan jugak wang. Haha. Ikutkan plan asal nak ke Oriental Village, ade 3d museum art, duck tour, skycab whatsoever tu tapi end up tak pegi. Mujur jugaklah tak beli tiket online awal-awal, cuaca kat Langkawi mendung hujan dan angin kuat so memang tak boleh naik pun cable car tu. Oh ya, tiket masuk Underwater n wildlife tu aku dah beli online awal-awal, so dapatlah save sikit. Kalau walk-in mahal ye adik-adik, better beli online. Untuk dua tempat tu aku beli kt Groupon, dapat save dekat RM100 jugak untuk both places. Contoh tiket adult underwater RM33, tapi kt groupon aku beli RM26, dah save rm7 sorang. So rerajin lah survey online ye. Ade satu website untuk book tiket online kt langkawi, pun murah dari harga walk-in. mylangkawideals.com kalau tak salah aku, ade jugak aku survey untuk tiket 3d art museum, cable car dan ducktours tapi tak jadi beli sebab over budget, hihi. MrR pun cakap kalau semua dah naik nanti takde alasan nak pegi lagi, so mari kita menabung untuk next trip ye anak-anak.
 
Jom layan gambar jelah, banyak sangat celotehnya tu, haha
 
Kakak excited nak balik kampung

Gambar kakak je, adik moody

Abang sadao kita


Airis and Maksu Pikah (adik aku)

Us

First place - Underwater World

MrR and Maksu Ilah (adik mrR) 

Underwater..ikan ape ntah tak kenal..haha
 
Rehat sat sementara hujan renyai

Parrot kat belakang taknak toleh langsung

MrR with bundanya

Nuri yang jinak..cute sangat

Ara with papa

Ikan koi feeding time

Kakak berani feed rusa

Kids with Tokma 

Pengantin baru 6 tahun

Ayra takmau bergambar masa ni

 Berlapan

Mak-Mak kesayangan

 Lepak tepi roomstay..belakang bendang ye bukan pantai..kekeke

Ni la roomstay tempat kitorg bermalam, ambik 2 pintu muat untuk kami berlapan. Sangat murah, gerenti puas hati. Nanti story next entry.

Inilah Mak mertua aku, sebelah tu adik ipar..

Ni pulak Mak dan adik aku...sama tak muka kami??

Lepak Chenang..mak-mak dan anak-anak tinggal kt bilik, tido

Gadis sunti kuat selfie

Dah nak balik masa ni 

 Bye Langkawi..ada rezeki kita jumpa lagi

 

Thursday, September 1, 2016

Sukan

 
Khamis sudah..tik tok tik tok kakak ipar aku dah lepas duedate dia semalam (Merdeka Day) tapi tak jugak dengar any news from my brother. Haih orang lain nak bersalin orang lain yang eksaited lelebih, ape cer. Tahun ni Mak aku akan dapat dua orang cucu baru, sorang anak abang, sorang anak adik aku, InshaAllah. So far Mak Ayah aku ade 4 orang cucu, dua lelaki dua perempuan (anak2 aku la tu). Sekarang nak tambah lagi sepasang, seronok la dorang..walaupun kekadang kesian jugak sebab cucu-cucu jauh, bermanja jelah dengan anak/cucu jiran tetangga. Nasib baik adik aku sorang tu stay dekat, dapat la jugak jumpa atleast sekali dalam seminggu.
 
Melalut pasal cucu, nak citer pasal sukan sebenarnya ni. Ada satu insiden yang buatkan aku terpikir nak citer pasal sukan. Citernye bermula gini, mesin jahit cikai yang aku beli kat Lazada tu tetiba rosak, maka bermula lah misi pencarian mesin jahit baru, yang lebih berkualiti. Tup2 bagai mengantok disorongkan bantal aku tertengok goshop, ada promo mesin jahit brothers, sesuai sgtlah dengan aku yang entry level ni, pastu pulak harga agak affordable siap boleh buat 0% installment, maka aku pun calling calling la si goshop tu waktu siaran berlangsung. Biasa aku beli online ja, tapi kali ni memandangkan nak buat credit card installment kena call dorang dulu, macam-macam la soalan dia tanya, pastu siap pesan kat aku yang soalan tu aku kena ingat jawapan, sebab lepas ni kalau call dorang lagi next time dorang akan tanya soalan yang sama n aku mesti jawab dengan jawapan yang sama. Ada 3 soalan yang dia tanya, warna kegemaran, sekolah kebangsaan n sukan kegemaran. Soalan sukan kegemaran tu aku ambik masa nak pikir, last-last aku cakap kat dia "boleh bagi soalan lain tak?sebab saya tak suka bersukan" hahahaha kelakar la. Dia terus cakap "Oh takpa puan, kalau begitu saya akan letak TIADA ye untuk soalan sukan kegemaran puan". Hahaha ai is malu. Nak beli barang je pun, bukan nak intebiu mintak keje tanya macam-macam..haih.

Lepas tu aku mula duk pikir, ape sebenarnya sukan kegemaran aku. Memang aku ni jenis kaki bangku, segala jenis bola memang aku takleh main, aku takut bola. Ade ke jenis fobia yang takutkan bola datang ke arah kita?Eh aku tak boleh. Fobia sangat rasa bila bola tu datang, bukan aku sambut bola tapi aku lari. Ada sekali time kursus asas kena la aktif main sukan di waktu petang, ade ke dorang suh main bola sepak, ala-ala futsal la kot tapi kat atas padang bola. Memang aku lari jela kejenya, bukan kejar bola tapi lari bila dikejar bola. Huhu nangis kenangkan balik. Aku tak suka!!!! Tapi kalau tengok orang main bola aku no hal, siap ada team favret lagi..zaman muda dulu la..sekarang ni takde favret2 dah, tengok pun dah jarang, buat jantung aku letih mengepam darah je, dup dap dup dap tengok. 

Zaman sekolah menengah wajib masuk kelab sukan kan?Haa aku masuk kelab badminton uolls. Gigih pegi daftar, masuk kelas pertama je pastu terus lesap dari pandangan coach. Pasaipa? Pasai aku tak larat nak tibai shuttle cock tu kuat-kuat macam coach suruh. Lengan aku halussss je masa tu, bayangkanlah dengan ketinggian 157cm berat aku tak cecah 40kg, kurus melidi kot. Pegang raket pun tak larat la nak kata orang, dahla jenis lembik pulak tu. Haha makanya behentilah aku dari kelab badminton tu. Aku masuk Chess Club pulak..yelah ingatkan syok sebab takyah pakai tenaga, pakai otak je kan. Rupenye tak boleh jalan jugak, otak lembap tecer reject, asyik salah step je, baru satu dua langkah dah kene checkmate. Terus quit. Mujurlah ada satu kelab yang aku suka diwujudkan masa tu. Nak tau kelab apa?Hahah nama dia Kelab Sukan Permainan Rakyat. Sure korang gelak dengar nama dia kan??Hahahha aku mulanya malu nk join, tapi dah itu je jiwa aku, main congkak, dam ulau, sesuai sangat. Itulah kelab sukan aku sampai hujung SPM. 
 
Sekarang ni aku risau sangat kalau-kalau anak-anak aku ikut jejak aku. Kalau boleh biarlah dorang ikut papa dorang, rajin bersukan n rajin bersenam. Aku dah rasa kesan dia sekarang, aku bukan je takboleh bersukan, aku jugak tak larat bersenam, jogging sikit pun mengah, pegi join kevin zahri bersenam satu hari je tapi kesan dia sakit otot berminggu-minggu terus aku pasrah. Memang orang cakap beauty is pain tapi the struggle is real, mak tak tahan oii. Huhu.