Tabung AA

Thursday, August 28, 2014

Penantian bakal berakhir

Salam
Lama tak jengah blog..busy sepanjang 2 minggu ni..aku berkursus kt sarawak okey
Dipendekkan citer aku terpaksa attend kursus intensif asas perkastaman since 17 ogos..n esok adalah last day!!!hurey
Sebelum ni aku mg malas nk update apa2 sebab emosi sangat tak stabil..asyik teringatkan anak2 n suami je..huhu
1st 2nd day tu mg asyik nangis je bile teringatkan dorg..tiap kali pam susu pn aku mst meleleh je airmata kenangkan ayra mst nk menyusu mlm2..siang kn busy so takdela igt sangat
Kursus kali ni memang menguji fizikal dan mental..sepanjang minggu pertama kitorg kena kawad dr pg smpai petang..berbelang la muka aku tu..sob sob sob
Weekend pulak edisi camping..for the first time in my life tdo dalam khemah..best jgk tp sgt panas..haha
Sepanjang sabtu tu mcm2 aktiviti aku involved..termasuklah main futsal 7 sebelah mix dgn bdk laki *budak sgt*..pastu ikat rakit..lumba rakit..adr endurance2 lain jgk..gelita la aku oiii
Hari ahadnya pulak jungle tracking..mcm biasa pelbagai aktiviti lasak terpaksa ku redah..segala tembok,tangga,cenuram,tayar semua aku redah..termasuk jgk rentas sungai tah berapa meter panjang n plg best flying fox..sengih mcm kerang busuk dh aku..haha
Minggu ke2 pulak stress dgn kelas..dr pg smpai ke malam..dengan group assignment,public speaking, n exam nye lagi..mg letih wooo..smpai pam susu pn makin lama makin merudum
Cite psl susu pulak, alhamdulillah sepanjang kt sini aku kerap jgk mengepam..so ade la rezeki utk ayra utk dibawa pulang..aku pegi cr polisterin putih utk letak ebm tu tp malangnya takde so terpaksa beli cooler box..boleh pulak sebesar2 alam je ade..yg kecik tu terlalu kecik la pulak..so dh takde choice so aku rembat je 36l cooler box..ahaha
Seriously aku mg tak sabar sgt nak balik rumah..nk peluk cium anak2 puas2..esok after majlis penutupan dah boleh balik..yahoooo

Wednesday, August 13, 2014

Qaseh Gold ~ Makanan Sunnah & milk booster

Salam

Arini nk kasi testimoni sikit (tak berbayar tau)..

Lepas bersalinkan ayra seperti biasa aku kekurangan susu, puas la duk mengepam hasil takde la meriah mana..so mula la mencari2 solution untuk banyakkan susu, ayra pulak kuning berlarutan smpai hari ke20 so aku tak makan jenis2 pil atau ubat-ubatan.

Sepanjang tempoh tu aku minum jus kurma je..mak beli kt kedai jual barangan dari mekah/Saudi

ni ha rupa jus kurma tu
 
Sedap tau jus kurma ni, just campur air tak perlu tambah gula dah boleh minum..lagi best sebab jus ni campuran kurma dan air zamzam..harga pun murah RM18 je..tapi susah nk dapat kt kedai biasa
 
Selain tu aku cuba jugak alternative lain, diperkenalkan oleh kawan seangkatan (breastfeeding mom)..dia amalkan Qaseh Gold katanya..anak dia kuat menyusu, after direct feed dia boleh pam lg susu 5-6oz...fuhh aku dengar terus jadi kagum n of course nk try..lgpun makanan sunnah, mg bagus untuk diamalkan..
 
Aku beli melalui dia (yg mula2 perkenalkan tu) dengan harga RM71.90..tak rugi keluarkan sikit duit untuk barangan yg bagus mcm ni..ade 11 ramuan utama iaitu kurma, madu, delima, buah tin, zaafaran, minyak zaitun, habbatus sauda, ginko biloba, air zamzam, gam arab dan sireh..untuk Adinda ade tambahan pegaga n manjakani..
 

Kalau korang nk tau kelebihan-kelebihan lain selain sebagai milk booster bolehla layari laman web dorang atau google je Qaseh Gold..sure banyak yg keluar..testimoni bagai..tapi yang aku nk share kt sini pasal milk booster..korang mesti tau kn kurma, habbastussauda, zaafaran dan delima bagus untuk merangsang pengeluaran susu..dengan pengambilan qaseh gold adinda ni korang tak perlu lg nk makan satu persatu *susah nk dapatkan kot*..hanya satu atau dua sudu je sehari korang boleh dapat khasiat yg sama..mudah kan?

Pengalaman aku sendiri, sebelum tu mg payah nk dapat 2oz sekali pam..lepas aku amalkan qaseh ni Alhamdulillah dengan izinNya susu makin bertambah dari sehari ke sehari..kalau tak memang tak merasa la nk pam penuh satu botol tu..

Lepas tu aku order pulak Qaseh Junior untuk Airis, sebab dia selalu berebut nk mkn Adindaku..untuk kanak-kanak pn bagus tau..paling penting dalam pemakanan anak-kita kena cari yang boleh merangsang minda, memberikan serat dan menguatkan imunisasi badan..barula dorang boleh membesar dengan sihat dan cergas kan..
 
 Untuk sang suami ade Qaseh Gold Kekanda, tapi aku belum belikan untuk mrR lagi..mrR tu jenis susah nak makan benda2 kesihatan ni,takut beli kang dia tak minum kang rugi je..huhu
 
Korang-korang kalau rasa nak try amalkan Qaseh ni bolehla dapatkan dengan stokis2 berhampiran, kalau rasa nak bantu aku jana pendapatan pn boleh, sila SMS/WhatsApp/Call aku di talian 0197795723..insyaaAllah benda baik kita kongsi bersama..
 


Saturday, August 9, 2014

Perihal Birthday Party

Salam..

Tetibe terfikir pasal birthday party Airis akan datang..lagi 2 bulan je Airis dah genap 3 tahun usianya..how time flies

Tahun2 sebelum ni mg kitorg buat majlis meraikan birthday dia, 1st birthday kebetulan masa Makndak dia bertunang..n 2nd birthday pulak sekali harung dgn majlis qurban

Amalan menyambut hari ulangtahun ni sebenarnya dah biasa dalam family aku, sejak kami adik beradik kecik Mak mesti akan belikan kek semperna birthday sesape..ms aku kecik2 mg mak ade buat majlis mkn2..buat kek besar2,pgl kawan2 datang makan sama2..tp bila usia makin meningkat dah takde macam tu..celebrate bersama family je..

Berbeza dgn mrR, dia takde amalan macam tu..so bile aku nk buat birthday party utk Airis dlu dia semacam tak setuju..aku convince kan dia..bukan niat kita nk tiru agama lain ke ape, just for fun, jemput budak2 kt kawasan kejiranan ni, buat mkn2, bg hadiah sikit (party favour) kt bdk2..anak kita happy, bdk2 pn happy..1 more thing bukannya kita tiru amalan buat hajat tu pn...tapi terpulanglah pada org yg nk judge tu mcm mn..

Tahun ni rasanya mcm takde birthday party utk Airis...plan nk buat kt rumah (putrajaya) ni n jemput2 kwn2 ofis bwk anak2 dorg..dah siap plan tema tahun ni Frozen memandangkan Airis suka sgt frozen tu..siap boleh nyanyi lagu let it go tu...tp mrR macam tak setuju..aku agak dia taknak sebab takut org fikir kami ikut amalan kafir..aku agak terkilan kt situ..tp takpelah kalau taknak buat pn..hidup kalau terlalu takut dengan cakap2 org pn payah jugak..

Aku ade google2 jugak pasal amalan menyambut ulangtahun kelahiran ni...aku ambik dr sudut yg positif je..meh aku share sikit info dr blog ni http://rusukiri.blogspot.com/2013/11/amalan-menyambut-hari-lahir-dalam-islam.html

Menyambut Hari Lahir
 
Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.
  • Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
  • Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
  • Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.
Tujuan sebenar 
 
Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.
 
Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.
 
Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :
 
 Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira
  • Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 
(Ad-Dhuha: 11)
 
Berbuat baik terhadap ibubapa
  • Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.
 
Doa-mendoakan antara satu sama lain
  • Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

Mengadakan jamuan yang sederhana
  • Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
 
Mengadakan majlis tazkirah ringkas
  • Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
Memberi hadiah
  • Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: 
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
 
Muhasabah diri
  • Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.


Friday, August 8, 2014

Airis & Ayra in the house

Salam Jumaat yang barakah
 
Semalam bawak Ayra pegi checkup 3 bulan..actually dah lewat sikit sebab kitorg baru tukar tempat checkup..kan sebelum ni kt Kedah, sekarang Ayra dh duduk Putrajaya you..agagaga
 
Berat mek kecik tu dah 5.6kg..panjang 61cm..ukur lilit 38cm..everything normal..Alhamdulillah
 
Ayra pn dah pandai meniarap tau..sebelum 3 bulan pn dia dah mula alih2 badan tapi tak berjaya..sekarang ni pantang letak atas tilam keja nak meniarap je..
 
Kalau Ayra berbaring atas tilam si kakak Airis pn mesti sibuk nak baring kt sebelah..yang adik nak meniarap, kakak pulak nak main2 dgn adik..mcm2 hal..semalam sempat ambik fon snap moment dorg..tengokla mata si adik tu,asyik pandang kamera je..membooolat je hehe
 







 
dah..itu je nak story..sambung keje jom
 
daa
 
 
p/s : maaf ler gambo pn gegor2...mama tak pro..hihi

Tuesday, August 5, 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Salam Aidilfitri buat semua...
First of all
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga :)
 
Raya tahun ni 1st kat rumah mertua (Baling)..sebelah malamnya baru bertolak balik ke rumah Mak pulak kt Alor Setar..malas citer pepanjang..biarlah gambar berbicara

Mama & Ayra..budak bambam niii
 
kami sekeluarga di pagi raya..jenuh tunggu Ayra bangun untuk bergambar

Mama & Ayra lagi

dan lagi.....
 
Gambar keluarga sebelah mertua..Ibu Mertuaku yg kt tengah2 pegang Ayra tu..ohh mrR ada 7 beradik, 4 dah berumahtangga lg 3 belum..yg sorg tu duk menghitung hari je..lepas ni bertambah la cucu Tok Zainab kita..hihi

ni pulak gambar family aku..kitorg 5 beradik je, 3 orang dah kawen..cucu Mak Ayah ade 4 org..adik2 kiri n kanan tu belum kawen..hihi
 
ni masa raya ke2 kt rumah Mak..mcm biasa Mak suka masak nasi Rempah..sedappp..Airis suka sangat eh smpai terjelir lidah tu..kuikuikui
 
raya ke 4 kitorg balik kg sebelah Mak (keluarga angkat)..sukanya Airis petik buah rambutan..ade yg dh masak ade yg belum

sambil petik sambil makan

Raya ke 6 kitorg dah bergerak balik ke Putrajaya..otw singgah majlis akad nikah adik ipar aku kt Kuale Kangsor..pengantin sibuk ambik gambar kt belakang nun..Airis n papa, sweet je kn
 
  
Ayra asyik tido je sepanjang jalan..good anak mama.. thumbs up

Airis n Maklong Anna
 
Itu je koleksi gambar yg ade dlm phone aku ni...nanti ade masa kita upload byk2 lg eh...hihi kbai
 
---sent by WhatsApp