Tabung AA

Thursday, July 10, 2014

Al-Fatihah buat Maklong

Salam ramadhan

Alhamdulillah dh 11 hari kita berpuasa..inshaa Allah tahun ni aku dapat berpuasa penuh..tapi puasa lepas berbaki 4 hari kena bayar..

1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2015 Maklong aku yg tersayang telah kembali ke Rahmatullah..sudah tertulis ajal maklong tiba tika umat islam sedang sibuk membuat persiapan untuk berbuka pada jam 7.08pm

Aku sedikit ralat kerana ketika itu aku baru saja keluar dr hospital..maklumla kalut nk cari juadah berbuka..puas jgkla aku nk jumpa org jual nasi ptg tu sebab kebanyakan peniaga belum mula berniaga..lg pulak dh lewat nak ke param

Arwah dimasukkan ke hospital pada pagi Jumaat krn sesak nafas..doktor diagnos penyakit arwah sebagai jangkitan kuman pg paru2..tapi yg musykil hasil ECG sebelum tu menunjukkan paru2 arwah berair manakala hasil pemeriksaan di hospital mendapati paru2 arwah semakin mengecut dan berada pada tahap bahaya..

Arwah diserang batuk2 sejak 3bulan yg lalu..dalam ms yg sama arwah mengalami sakit tulang paha yang menyukarkan beliau utk bergerak hingga terpaksa menggunakan tongkat..arwah merupakan kakak sulung kepada ayah aku dan berusia 57 tahun

Arwah sangat banyak berbudi kpd keluarga kami..aku masih igt betapa prihatinnya arwah ke atas kami ketika ayah aku jatuh bankrap..beliau byk membantu..malah beliau belikan kami kain utk dibuat baju raya ketika umurku 11 tahun..berebut aku dgn adik sebab nk pilih kain yg cantik..terima kasih maklong..budi maklong tak sempat dekda balas..hanya Allah swt yg mampu memberi ganjaran yg setimpal di atas segala2nya..inshaa Allah,amin

Lepas aku bersalinkan Ayra 2bulan lepas arwah datang melawat dgn menggunakan tongkat..sebelum balik arwah bersalaman dgn aku dan ckp "maklong minta maaf na"..aku dgn spontan jwb "ish kenapa maklong minta maaf pulak..maklong takda salah apa2"..sesungguhnya skg aku amat menyesal sebab ckp mcm tu..sepatutnya aku ckp "dekda pn sama,minta maaf kt maklong kalau ada apa2"..kalaulah ku tahu itu peluang aku utk bermaafan dgn arwah..huhu

Maklong..tenanglah dikau di sana..sesungguhnya Allah swt lebih menyayangimu..mengambilmu kembali di bulan yg penuh keberkatan..semoga dikau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..al-fatihah buatmu maklongku